Selamat beraya!
Nostalgia NADA MURNI-Rabbani
Jejak Kasih?
Majlis Berbuka Pose INSANIAN Qber Batch 01-02 (Gambo2)
Alhamdulillah, reunion yang dirancangkan secara adhoc akhirnya berjaya gak dijalankan. Seramai 13 orang ex Insanians telah datang pada malam tu, tambah 2 orang lagi (kawan Azah dan suami Asiah, Ilham) so sume total 15 orang. Tak nak cite panjang-panjang so aku tunjuk gambo jek he3.
UPDATE! MAJLIS BERBUKA POSE EX INSANIANS QBERIANS
2.Along
3.Ani
4.Zu
5.Ana
6.Azah & kawannye
7.Asiah & hubby dia
8.Izzuan
9.Hazwan
10.Keri
11.Wani
- Nasi
- Tomyam
- Telur bistik
- Siakap 3 rase
- Sotong&udang goreng tepung (campur)
- Kailan ikan masin
- Satay ayam
- Jus tembikai
Hepi besday to anak merdeka!
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke-52 untuk rakyat Malaysia. 52 tahun, erm, nak dibandingkan dengan tahun kita dijajah selama 500 tahun lebih, masih terlalu muda sebenarnya Malaysia ni. Tapi dalam masa yang sangat muda ni la macam-macam benda yang tak enak berlaku. Semuanya oleh orang-orang yang gila berpolitik, sanggup mengorbankan apa saja demi mengejar impian dan populariti. Dalam masa 52 tahun ni gak la hak-hak keistimewaan Melayu dan Islam sewenang-wenangnya dipersoalkan.
1 Malaysia, manis bunyinya, tapi apa yang rakyat faham?. Masalahnya ialah semua mengikut tafsiran sendiri yang mementingkan puak-puak tertentu. Kaum tertentu mengatakan 1 Malaysia sepatutnya dihapuskan dasar-dasar keistimewaan bumiputera demi merealisasikan konsep tersebut. Itu pandangan orang sempit pemikiran dan bahalol dalam sejarah dan perlembagaan Malaysia. Kaji sejarah, pahamkan perlembagaan, baru boleh bercakap tentang negara. Kalau tak suka, kalau asyik nak mengutuk tanpa kritikan yang membina, boleh keluar dari negara ni, pergi ke negara yang boleh mengiktiraf hak anda.
Aku hanya rela berkawan dengan kaum lain yang boleh menerima hak-hak yang aku ada. Aku boleh hormat segala hak-hak yang diorang ada. Aku tak boleh terima orang yang meletak kepala babi kat surau dan aku gak tak boleh terima orang yang menjunjung kepala lembu dalam demonstrasi. Ini semua provokasi kaum dan agama. Dalam melakukan bantahan ade batasnya.
Sempena hari kemerdekaan ni, mari semua realisasikan 1 Malaysia tanpa prejudis dalam segala hak-hak yang terkandung di dalam negara ini.
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke-52.
HEPI BESDAY TO MY BELOVED SISTERS LA DAN IKIN
Sabtu lepas aku dengan famili aku celebrate besday adik aku Mira (26 Ogos) dengan Ikin (28 Ogos). Memandangkan tarikh yang dekat jek, so kitorang pon decide celebrate Sabtu lepas (29 Ogos) sebab time tu kebetulan satu famili berkumpul. Pagi Sabtu tu kiotrang gi ke Jalan TAR & Sogo KL untuk soping-soping baju raya dengan hadiah diorang skali. Aku ngan Angah kongsi duit belikan Mira blazer ngan kemeja, manakala Ikin dapat set baju tidur yang sangat comei ngan sehelai t-shirt. Mama plak belanja kek coklat yang sangat sedap (padahal aku sendiri terkulat-kulat makan kek coklat tu ha2). Malam tu kitorang berbuka dengan segala macam lauk yang best-best untuk raikan diorang. Papepon, love u both!