MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!


Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke-52 untuk rakyat Malaysia. 52 tahun, erm, nak dibandingkan dengan tahun kita dijajah selama 500 tahun lebih, masih terlalu muda sebenarnya Malaysia ni. Tapi dalam masa yang sangat muda ni la macam-macam benda yang tak enak berlaku. Semuanya oleh orang-orang yang gila berpolitik, sanggup mengorbankan apa saja demi mengejar impian dan populariti. Dalam masa 52 tahun ni gak la hak-hak keistimewaan Melayu dan Islam sewenang-wenangnya dipersoalkan.

1 Malaysia, manis bunyinya, tapi apa yang rakyat faham?. Masalahnya ialah semua mengikut tafsiran sendiri yang mementingkan puak-puak tertentu. Kaum tertentu mengatakan 1 Malaysia sepatutnya dihapuskan dasar-dasar keistimewaan bumiputera demi merealisasikan konsep tersebut. Itu pandangan orang sempit pemikiran dan bahalol dalam sejarah dan perlembagaan Malaysia. Kaji sejarah, pahamkan perlembagaan, baru boleh bercakap tentang negara. Kalau tak suka, kalau asyik nak mengutuk tanpa kritikan yang membina, boleh keluar dari negara ni, pergi ke negara yang boleh mengiktiraf hak anda.

Aku hanya rela berkawan dengan kaum lain yang boleh menerima hak-hak yang aku ada. Aku boleh hormat segala hak-hak yang diorang ada. Aku tak boleh terima orang yang meletak kepala babi kat surau dan aku gak tak boleh terima orang yang menjunjung kepala lembu dalam demonstrasi. Ini semua provokasi kaum dan agama. Dalam melakukan bantahan ade batasnya.

Sempena hari kemerdekaan ni, mari semua realisasikan 1 Malaysia tanpa prejudis dalam segala hak-hak yang terkandung di dalam negara ini.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke-52.

Penulis : abcdef ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! ini dipublish oleh abcdef pada hari Tuesday, September 1, 2009. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 2 komentar: di postingan MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
 
Reactions: 

2 Penggossip Liar:

annie said... | September 1, 2009 at 2:04 PM

bagus2! bersemangat org bace post ko yg ni.org pn tak sempat nk wat post baru..

abcdef said... | September 1, 2009 at 3:41 PM

aku agak emosi sbnrnye mase tulis entry ni :)