Cuti Sekolah: Trip ke Pantai Timur

Salam,
Last week aku sefamili ngan adik2 sedare buat trip ke Pantai Timur, Kelantan-Terengganu-Pahang sempena cuti sekolah. Ni pon last minit punye plan sebab plan asal nak bercuti ke Pulau Pinang. So plan nak gi ke Pantai Timur ni kurang proper la, senang cite main redah jek. So ni kronologi untuk trip tu:


  • Bertolak dari Jeram, Kuala Selangor pada jam 3.05am Jumaat 18 Disember 09
  • Tu pon baru nak pikir lalu mane, Grik or Lebuhraya Pantai Timur (ECE aka LPT)
  • Last2 lalu Grik sebab Mama teringin sangat nak tengok Tasik Banding
  • 6am singgah masjid, Subuh.
  • 8am singgah kat Ipoh untuk breakfast.
  • 11am sampai kat Tasik Banding dalam keadaan hujan lebat tapi disebabkan Mama nak gak tangkap gambo, so kitorang stop agak lama kat situ.

Agak2 gerimis cepat2 bergambar he2




  • Then kitorang terus menuju ke Jeli 
  • Lunch kat Jeli kol 2.30pm
  • Then terus ke Air Lanas untuk cari jiran2 lama Ayah ngan Mama (diorang penah dok sana selama setahun, mase tu umo aku 2 tahun).
  • Sesi jejak kasih bermula dengan terjumpenye rumah Tok We, fortunately Tok We masih idup. Tapi dalam keadaan yang sangat gering. Fortunately gak, anak dia, Osman masih ingat Ayah aku.
  • Then gi ke rumah jiran2 yang lain and surprisingly, sume pon masih ingat walaupon dah 22 tahun tak berjumpe!
  • Setel sume, singgah kat Buketa untuk soping2 sket. Mama cakap dulu diorang belikan basikal aku kat situ. How's nostalgic!
  • Meneruskan perjalanan ke Pantai Cahaya Bulan (PCB) & fortunately gak masih ada 1 rumah 3 bilik untuk disewakan malam tu kat PCB Resort.

Kereta menglembu dalam PCB Resort




Depan PCB Resort

  • 19 Disember 09, awal2 pagi aku dah kuar, nak main kat gigi air. Nak mandi tak berani sebab ombak terlalu beso. Dah la angin kencang gile.

Famili aku kat tepi pantai



  • 9.05am pas breakfast, kitorang terus check out, then gi ke Kota Bharu.
  • Bergambar dulu area KB then baru gi ke Pasar Siti Khadijah

Depan muzium ape tah


Oh candid plak


Depan bank lama

  • Pas soping kat Pasar Siti Khadijah, kitorang gi ke Pasar Lama MPKB plak, Mama nak cari batu tudung yang murah katenye.
  • Pas lunch, gerak ke Rantau Panjang untuk soping2 lg.
  • Aku beli beg sandang The North Face dengan katak yang sangat beso ha2.
  • Mama beli macam2 untuk kawan2 dia, termasuk 'cucu2' dia, Nabihah & Najihah.
  • Abes soping, terus gi ke rumah kawan lama Mama, Mek Zah kat Machang. Sesi jejak kasih kembali lagi
  • Pas jamak maghrib & isya' kat surau depan rumah Mek Zah, kitorang terus ke Setiu untuk ke rumah parents jiran kitorang yang kat Jeram, sebab kebetulan diorang kat situ time tu.
  • Kat rumah diorang ni memang sakan aku dikenakan :p
  • Teruskan journey ke Kuala Terengganu (KT), papehal cari resort dulu sebab Ayah nak resort gak instead of hotels.
  • Pas cari 5 resorts, baru jumpe yang ade kosong hu2.

Tempat kitorang menginap malam tu


  • Soknye pas Subuh, masing2 tido balik & disebabkan kepenatan, kitorang just gerak check out dari resort jam 10am.
  • Pas lepak2 kat Pantai Batu Buruk, kitorang pon gerak ke area KT.

Bergambar depan Pantai Batu Buruk




Aku eh?


  • Menuju ke Taman Tamadun Islam untuk tengok Masjid Kristal dan melawat Taman Monumen.



Depan Masjid Kristal



Background: Jambatan KT-Seberang Takir




He2...



  • Then gi ke Seberang Takir untuk beli kepok lekor (aku dah bosan ngan Losong)
  • Kat sane orang beratur panjang untuk beli kepok, nyesal la plak aku ha2
  • OTW gi ke Paka, singgah kat Masjid Terapung kat Kuala Ibai, solat jama Zohor & Asar.


Depan Masjid Terapung



  • Meneruskan perjalanan ke rumah Mak Teh di Kg Nyior, Paka
  • Sampai di rumah Mak Teh jam 5pm, terkejut Mak Teh sefamili tengok kitorang tercegat depan rumah dia ha2. Yang paling mengharukan, Tok Nyah menangis gembira sebab kitorang datang.
  • Kol 6.45pm gerak ke Cherating
  • Sampai kat Cherating jam 8pm, lepak2 jap
  • 9pm, gerak balik ke Jeram
  • Singgah kat R&R manetah, jama' Maghrib & Isya'
  • Balik ikut LPT, exit kat Temerloh sebab Angah teringin nak makan patin masak gulai tempoyak nyam2!
  • Sambung perjalanan balik, sampai di Jeram 2.52am Isnin 21 Disember 09, hampir genap 72 jam (3 hari) perjalanan
  • Soknye aku lunyai di ruang tamu, tido tak ingat dunia ha2.
Papepon, aku bersyukur, sume dah selamat. Cume kesal sket disebabkan hujan yang turun tak berhenti2 menyebabkan kitorang tak dapat bergambar banyak2. Tapi tetap syukur sebab tak stuck dalam banjir. Lagi satu, aku puas sebab akhirnye impian Mama untuk jumpe kawan2 lama dia dah berhasil. Tak lupe thanks kat GPS gak, sebab kitorang tak pernah sesat sepanjang perjalanan, save time save cost more experiences ha2. Sekian, salam.






 

Cuti Sekolah: Pusat Sains Negara

Salam,
5 Disember lepas, aku teringin nak gi ke Pusat Sains Negara (PSN), nak gi pameran 'Da Vinci: Decoded'. Tapi disebabkan takde kawan yang nak join aku gi, so aku pakse adik2 pompuan aku ikut same. So kitorang gerak pagi ke sana, sampai ke Bkt Kiara dalam kol 11 pagi. Dah lame tak jejak kaki ke PSN ni. Tak silap aku kali terakhir mase skola rendah dulu kot. Tapi ade gak join program 'PSN Di Desa' mase kat Qber dulu, sambil bukak gerai mengaut keuntungan berlipat ganda he2. So malas cite banyak aku sharekan gambo2 je la. Papepon memang worth gi ke sana.


Ikin tengah menyekodeng ape tu?



Mira & Mimi bergambar depan replika bumi


Adik sedare aku, Ira ngn Mira & Mimi


Decoded??



Depan kubah ijo

Kebetulan weekend tu gak ade PC Fair kat KLCC (convention centre), so abes kat PSN, aku terus gi ke sana plak. Aku cari 3 barang, external hdd, frame gambar elektronik ngan wireless mouse. Aku pusing dekat 4 jam untuk cari benda tu, lame sangat sebab bab nak beli barang ni memang aku cerewet. Adik2 aku yang dah tau perangai aku ni, last2 malas nak ikut dah. Masing2 tunggu kat luar sebab dah lenguh ha2.



Depan twin towers


Maskot PC Fair


Bole tahan murah he2

 

Salam Tahun Baru

Salam semua, selamat menyambut Maal Hijrah....

Hijrah itu pengorbanan...
Hijrah itu perjuangan....
Hijrah itu persaudaraan...
Hijrah membentuk perpaduan...

Teringat semasa sambutan maal hijrah time aku dok KL dulu, sambil makan roti ngan parents sambil tengok perbarisan. Nice memory.....
 

We love u mama!

Last week besday mama aku (9 Dis), tapi disebabkan 9 Dis tu aku kene gi ke Johor, so 8 Dis malam tu aku balik kampung untuk celebrate ngan famili aku.  Adik aku yang keje kat Gombak pon balik. Balik dari opis, aku sempat singgah Kompleks PKNS Bangi untuk beli hadiah untuk mama. Then sampai kat Jeram, aku terus menuju ke restoran ikan bakar kat Pantai Jeram sementara ahli famili lain sume gerak dari rumah.

Dalam kol 9 malam, kitorang pon enjoy dengan segala lauk pauk yang ayah aku blanje he2. Sebelum tu macam bese, ade adegan potong memotong kek. Tapi disebabkan aku hanyala minoriti, so kek tu semestinye perisa coklat yang disukai oleh adik2 aku yang len. Aku pon makanla sket khas untuk mama he2. Pas sesi bagi hadiah, bermula la acara yang paling aku suke, MAKAN!!!

Papepon, wish u hepi besday mama. Along ngan adik2 sayang mama :D

p/s: disebabkan kamera tepon jek, keadaan plak kurang terang, so cerah2kan mata anda


Kek!



Ni peberet aku



My sisters



Angah, Ayah & Mama



Potong kek



Anak mak ni hi3
 

Koleksi Program Rakan Muda

Salam sume,
Banyak program2 Rakan Muda (RM) yang aku nak share tertangguh before ni dek kesibukan kerja. So untuk entry kali ni, aku rangkumkan jek sume.

1. Aktiviti Mencanting Batik

Program ni diadakan 30 Mei lepas (memang dah lama gile ha2) kat INSPENS Kuala Selangor. So peserta sume dari kolej tu gak la, termasuk 3 orang lecturer diorang. Aku memang excited gak la untuk same2 mencanting selepas kali terakhir aku mencanting, mase kat matrik dulu (x silap aku la).

So, ade beberapa proses dalam mencanting ni. Memula kene ade blok kayu & kain putih. Kain tu kene diikat tegang2 kat blok kayu tu untuk memudahkan kerja mencanting nanti. Then cairkan lilin di dalam periuk untuk dituang ke dalam pencanting. Sementara tu, lukis corak kat kain putih tadi dengan pensil mengikut kreativiti kita. Lepas siap, tuang lilin cair tu ke dalam pencanting, then slow2 canting batik tu mengikut line yang telah dilukis tadi. Setelah setel menggigil2 buat line tu, teruskan poses mewarna plak. Untuk mewarna, korang boleh sesuka hati tenyeh ikut kaler yang korang nak he2. Siap je semua, tunggu hingga kering then rendamkan kain tu ke dalam cecair sodium silicate selama beberapa jam.

Tapi dalam program ni kitorang takdela rendam dalam cecair tu disebabkan faktor masa. Akhir program, ade hadiah untuk kumpulan2 yang menang dari segi kekreatifan diorang yang dinilai oleh pengajar. So berikut gambar2 yang ingin dikongsi....



Peserta2 yang turut excited




Proses diterangkan dan menerangkan (Hukum DM)



Proses menegangkan kain dan perasaan




Mencanting mengikut corak yang telah ditetapkan




Aku yang turut mencuba mencanting keh3



Lecturer pon tak ketinggalan mencuba nasib (proses mewarna)



Hasil kerja budak2 ni




Pemenang dengan hadiah diorang



Bergambar kenangan


2. Y2Y (Youth 2 Youth) Daerah Kuala Selangor


Program ni 19-21 Jun 09 kalau tak silap aku la he2. Lame sangat sampai aku pon da lupe. Takde ape sangat program ni. Lebih kepada perbincangan untuk belia2 kat Daerah Kuala Selangor ni. Yang len tu lebih kepada santai. BTW, ni sket gambar untuk kongsi2...



Aku, apis, mirul & daus



Sesi percambahan idea




Posing dulu sebelum kudap2




Cam bese, posing di akhir program




3. Y2Y Pangkor


Errr...same jek cam Y2Y Cameron, ni pon lebih kepada jalan2 keh3...



Sesi taklimat




Aktiviti merejam lembing




Eh, rajin la plak mempresent




Apa nama tempat ni eh?...lupe lor


4. Aktiviti Belajar Menjahit


Program ni 13 & 14 Jun 09 yang bertempat kat kedai jahit mak aku sendiri. Program ni bawah peruntukan belia dan dihadiri kira2 20 orang peserta. Tapi jahitan terhad untuk baju kurung sahaja. Step2 untuk buat baju ni senang jek, first kene potong kain ( ni part yang paling kritikal). Then jahit tepi (ni part paling senang, tapi senang termakan kain gak ha2). Seterusnya sambungkan part2 tu (part yang agak leceh). Last skali jahit leher (part yang sangat leceh).



Peserta mendengar taklimat keberangkatan


Khusyuk mengukur kain




Steadyla hi2




Skodeng sket




Potong kain




Siap akhirnye


5. Karnival Sukan Taman Permai

Karnival ni anjuran Kelab Rakan Muda Kuala Selangor dengan kerjasama Rukun Tetangga Taman Permai aka taman perumahan aku ha2. Dijalankan pada 29 November 09, ade 2 acara yang dipertandingkan iaitu futsal dan bola jaring. Tapi acara pagi dimulai dengan senam seni, satu senaman yang sedang dipopularkan untuk menggantikan poco2 (sbb indon asyik kecoh dengan hak diorang). Selepas itu baru futsal dan bola jaring dijalankan dengan kedua2 acara masing2 mengandungi 5 pasukan dan dimainkan secara liga. Berikut antara aksi2 bintang sukan yang menarik perhatian masyarakat antarabangsa...



Bergotong-royong berjoget




Ewah!




Eh tarian ape plak ni??




Peraduan teka bola




Aksi yang mendebarkan






Selepas berhempas pulas...




Bersama makcik2 yang mengheret aku bergambar bersama




So, setakat ni je la. Actually ade 4 program lagi aku nak share tapi disebabkan perlawanan  Arsenal vs Liverpool nak berlangsung, aku cite di kemudian hari je la. Salam ukhwah. Babai.