Cuti Sekolah: Trip ke Pantai Timur

Salam,
Last week aku sefamili ngan adik2 sedare buat trip ke Pantai Timur, Kelantan-Terengganu-Pahang sempena cuti sekolah. Ni pon last minit punye plan sebab plan asal nak bercuti ke Pulau Pinang. So plan nak gi ke Pantai Timur ni kurang proper la, senang cite main redah jek. So ni kronologi untuk trip tu:


  • Bertolak dari Jeram, Kuala Selangor pada jam 3.05am Jumaat 18 Disember 09
  • Tu pon baru nak pikir lalu mane, Grik or Lebuhraya Pantai Timur (ECE aka LPT)
  • Last2 lalu Grik sebab Mama teringin sangat nak tengok Tasik Banding
  • 6am singgah masjid, Subuh.
  • 8am singgah kat Ipoh untuk breakfast.
  • 11am sampai kat Tasik Banding dalam keadaan hujan lebat tapi disebabkan Mama nak gak tangkap gambo, so kitorang stop agak lama kat situ.

Agak2 gerimis cepat2 bergambar he2




  • Then kitorang terus menuju ke Jeli 
  • Lunch kat Jeli kol 2.30pm
  • Then terus ke Air Lanas untuk cari jiran2 lama Ayah ngan Mama (diorang penah dok sana selama setahun, mase tu umo aku 2 tahun).
  • Sesi jejak kasih bermula dengan terjumpenye rumah Tok We, fortunately Tok We masih idup. Tapi dalam keadaan yang sangat gering. Fortunately gak, anak dia, Osman masih ingat Ayah aku.
  • Then gi ke rumah jiran2 yang lain and surprisingly, sume pon masih ingat walaupon dah 22 tahun tak berjumpe!
  • Setel sume, singgah kat Buketa untuk soping2 sket. Mama cakap dulu diorang belikan basikal aku kat situ. How's nostalgic!
  • Meneruskan perjalanan ke Pantai Cahaya Bulan (PCB) & fortunately gak masih ada 1 rumah 3 bilik untuk disewakan malam tu kat PCB Resort.

Kereta menglembu dalam PCB Resort




Depan PCB Resort

  • 19 Disember 09, awal2 pagi aku dah kuar, nak main kat gigi air. Nak mandi tak berani sebab ombak terlalu beso. Dah la angin kencang gile.

Famili aku kat tepi pantai



  • 9.05am pas breakfast, kitorang terus check out, then gi ke Kota Bharu.
  • Bergambar dulu area KB then baru gi ke Pasar Siti Khadijah

Depan muzium ape tah


Oh candid plak


Depan bank lama

  • Pas soping kat Pasar Siti Khadijah, kitorang gi ke Pasar Lama MPKB plak, Mama nak cari batu tudung yang murah katenye.
  • Pas lunch, gerak ke Rantau Panjang untuk soping2 lg.
  • Aku beli beg sandang The North Face dengan katak yang sangat beso ha2.
  • Mama beli macam2 untuk kawan2 dia, termasuk 'cucu2' dia, Nabihah & Najihah.
  • Abes soping, terus gi ke rumah kawan lama Mama, Mek Zah kat Machang. Sesi jejak kasih kembali lagi
  • Pas jamak maghrib & isya' kat surau depan rumah Mek Zah, kitorang terus ke Setiu untuk ke rumah parents jiran kitorang yang kat Jeram, sebab kebetulan diorang kat situ time tu.
  • Kat rumah diorang ni memang sakan aku dikenakan :p
  • Teruskan journey ke Kuala Terengganu (KT), papehal cari resort dulu sebab Ayah nak resort gak instead of hotels.
  • Pas cari 5 resorts, baru jumpe yang ade kosong hu2.

Tempat kitorang menginap malam tu


  • Soknye pas Subuh, masing2 tido balik & disebabkan kepenatan, kitorang just gerak check out dari resort jam 10am.
  • Pas lepak2 kat Pantai Batu Buruk, kitorang pon gerak ke area KT.

Bergambar depan Pantai Batu Buruk




Aku eh?


  • Menuju ke Taman Tamadun Islam untuk tengok Masjid Kristal dan melawat Taman Monumen.



Depan Masjid Kristal



Background: Jambatan KT-Seberang Takir




He2...



  • Then gi ke Seberang Takir untuk beli kepok lekor (aku dah bosan ngan Losong)
  • Kat sane orang beratur panjang untuk beli kepok, nyesal la plak aku ha2
  • OTW gi ke Paka, singgah kat Masjid Terapung kat Kuala Ibai, solat jama Zohor & Asar.


Depan Masjid Terapung



  • Meneruskan perjalanan ke rumah Mak Teh di Kg Nyior, Paka
  • Sampai di rumah Mak Teh jam 5pm, terkejut Mak Teh sefamili tengok kitorang tercegat depan rumah dia ha2. Yang paling mengharukan, Tok Nyah menangis gembira sebab kitorang datang.
  • Kol 6.45pm gerak ke Cherating
  • Sampai kat Cherating jam 8pm, lepak2 jap
  • 9pm, gerak balik ke Jeram
  • Singgah kat R&R manetah, jama' Maghrib & Isya'
  • Balik ikut LPT, exit kat Temerloh sebab Angah teringin nak makan patin masak gulai tempoyak nyam2!
  • Sambung perjalanan balik, sampai di Jeram 2.52am Isnin 21 Disember 09, hampir genap 72 jam (3 hari) perjalanan
  • Soknye aku lunyai di ruang tamu, tido tak ingat dunia ha2.
Papepon, aku bersyukur, sume dah selamat. Cume kesal sket disebabkan hujan yang turun tak berhenti2 menyebabkan kitorang tak dapat bergambar banyak2. Tapi tetap syukur sebab tak stuck dalam banjir. Lagi satu, aku puas sebab akhirnye impian Mama untuk jumpe kawan2 lama dia dah berhasil. Tak lupe thanks kat GPS gak, sebab kitorang tak pernah sesat sepanjang perjalanan, save time save cost more experiences ha2. Sekian, salam.






Penulis : abcdef ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel Cuti Sekolah: Trip ke Pantai Timur ini dipublish oleh abcdef pada hari Wednesday, December 23, 2009. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 2 komentar: di postingan Cuti Sekolah: Trip ke Pantai Timur
 
Reactions: