Membebel

Salam,
Waktu sekarang 2.34am, Jumaat, 4.30am jap lagi nak kene gerak ke Shah Alam, ade meeting ngan MB Selangor kol 9am. Tapi tak tau nape mata tak bole lelap. Tensen btoi.

Papepon kali ni aku nak luah perasaan, bukan tunjuk perasaan, fasal mentaliti rakyat Malaysia ni. Macam yang kite tau baru2 ni heboh fasal arwah Aminulrasyid yang mati sebab ditembak polis disebabkan arwah disangka seorang penyamun. Disebabkan kes tu, 4 orang polis yang terlibat terus ditukar ke bahagian pejabat, dan keluarga mangsa menuntut penjelasan.

Okeh, ni ape yang aku kesalkan, kes baru nak disiasat, tapi macam2 perkara kurang enak dah didendangkan. Sampaikan kat Facebook pon ade orang buat group, ‘nak tuntut keadilan untuk arwah, kami benci polis Malaysia’.

Hey rakyat Malaysia yang cetek pemikirannya, bagila kes tu disiasat sepenuhnya dulu. Jangan dibuat andaian bukan2. Ni la yang aku cakap, mentaliti tahap ke-8, sebab tu susah nak majukan diri kalau dalam diri dah ditanam dengan perasaan buruk sangka.

Aku bukan nak menyebelahi sape2, so aku akan ulas untuk beberapa belah pihak, dan aku takkan menyebelahi mane2 parti politik dalam hal ni, im trying to be neutral ok.

Pertama skali, kita bincang tentang di pihak polis. Setau aku polis ade prosedur diorang sebelum melepaskan tembakan. Kalau kita ade bace kronologi kejadian, polis dan arwah saling kejar-mengejar sebelum berhenti di satu tempat. Polis kemudiannya terpaksa melepaskan tembakan setelah arwah cuba mengundurkan kereta untuk melanggar polis tersebut. Aku tak berada kat tempat tersebut semasa kejadian, tapi dari sini kita dapati polis seolah-olah cuai, kenapa perlu berada dekat belakang kereta mangsa?. Sedangkan mereka boleh merapati dari bahagian sisi?. Dan seandainya mereka perlu melepaskan tembakan, adakah perlu menembak mati mangsa?. Seperti mana yang aku cakap tadi, aku takde kat sana, so boleh jadi ade 1 reason  yang kukuh untuk polis melepaskan tembakan tersebut. Or sebenarnya takde?.....wallahualam….

Ok, kita pergi ke belah mangsa. Ibu arwah cakap dia kenal sangat dengan arwah, dan menyatakan bahawa anak dia takkan terlibat dengan jenayah. Dalam hal ni, kalau kita folo kes, arwah berusia 15 tahun memandu kereta di waktu awal pagi. Adeke budak seawal 15 tahun yang ade lesen kereta?. Dan apa yang arwah buat di waktu awal pagi begitu?. Ibu beliau hanyala seorang ‘ibu’, bukan Tuhan yang boleh tau seseorang tu takkan melakukan jenayah. Dalam hal ni, aku nak menyatakan pendapat aku, bahawa boleh jadi arwah tak terlibat dengan jenayah, atau boleh jadi juga terlibat. Semua ni berkemungkinan. Cume bila dah jadi begini, jangan salahkan polis 100%. Ke mana ibu bapa ketika anak-anak tiada di rumah, melakukan kesalahan plak sebab takde lesen memandu, awal pagi plak tu. Pernah tak tanye anak tu, buat apa dia kuar waktu2 camtu?. So salahkan diri sendiri dulu sebelum salahkan orang lain.

Ni lagi satu yang aku cukup menyampah. Bila dah jadi kes begini, banyaklah orang-orang politik yang nak jadi hero. Macam haram. Disebabkan orang-orang yang ****** (aku tak pandai nak mencarut) camnila, banyak penjenayah sekarang tibe2 jadi hero. Aku amek kes Kugan. Mendiang seorang penjenayah yang mencuri kereta2 mewah. Tapi disebabkan orang2 politik ni la, mendiang yang seorang penjenayah, jadi hero pas mati. Mase idup curi Mercedez, dah mati naik Mercedez dan disanjung2.
Ok, berbalik kat kes tadi, kenapa banyak plak orang-orang politik ni tibe2 bersuara. Percayalah, diorang bukan bersuara untuk keadilan, tapi hanyalah nak menangguk di air keruh. Kalau korang perasan kat Malaysia ni, rakyatnya hanyut dek persepsi yang tak tentu betul dan tak tentu salah. Semuanya hanyala permainan emosi. Aku bukan bercakap untuk mengutuk kerajaan or pembangkang, tapi hanyalah pandangan aku sendiri. Berhenti dulu dari menjadi hero, biar dapat result, sapa yang salah. Hanya kemudian kita akan tau kebenaran. Kalau betul nak amek berat, kenapa kes tentera yang dilanggar mati dan kes pelajar UITM yang kritikal dilanggar senyap je?. Sebab dua2 kes YB yang terlibat so kita mesti tutup mata dan mulut?. Mane sume hero tersebut?.
Ringkasnya di sini, keadaan menjadi keruh disebabkan permainan psikologi yang dilancarkan. Hanya kesilapan polis tersebut, kita seolah2 melupakan segala jasa2 polis selama ni. Di manakah anda nanti jika sekiranya anda menghadapi masalah dirompak?. Disamun?. Eksiden?. Etc2?. Kepada famili arwah, takziah aku ucapkan, hadapi dugaan dengan tabah, dan harap bertenang sebelum keputusan dikeluarkan. Kalau betul anak anda di pihak yang benar, sila lakukan sesuatu. Kepada politicians, harap pihak kerajaan melakukan dengan jujur dan ikhlas, anda pemerintah, andala penentu hala tuju negara, dan kepada pembangkang, berhentilah dari politik persepsi, tolonglah jadi pembangkang yang memberi keseimbangan di dalam pentadbiran negara.
Aku hanyalah rakyat biasa yang mempunyai wawasan dan sayangkan negara dan agama supaya kita tak dijajah lagi baik fizikal mahupun mental……

Penulis : abcdef ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel Membebel ini dipublish oleh abcdef pada hari Tuesday, May 4, 2010. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 0 komentar: di postingan Membebel
 

0 Penggossip Liar: