Malaikat Kecil Pada Hari Jumaat

Salam semua,
Just nak share 1 artikel yang menarik untuk korang semua. Klik link kat bawah untuk full article.

Malaikat Kecil Pada Hari Jumaat
 

Boling & I-City

Jumaat lepas saje bawak famili aku main boling, ye la, time cuti sekolah tu je 1 famili dapat berkumpul. Mula2 ingat nak main kat Plaza Alam Sentral, Shah Alam. Tapi ade plak yang mencadangkan main kat Ole-ole kat Seksyen 18, Shah Alam. Selama ni takde plak aku dengar pasal Ole-ole Shopping Mall tu. Disebabkan curious, aku pon agree je la main kat situ. 

Walaupon agak mahal kat situ, tapi kurang problem berbanding tempat lain. Lagipon tempat tu official training venue untuk skuad Sukma Selangor. Tapi yang pentingnya aku juara la, sebab lawan adik2 aku yang tak pandai sangat main ha3.

Pas maghrib, lepak makan kat Seksyen 2, food court yang ade banyak2 kedai. Makanan kat tempat yang kitorang singgah tu segala macam ade, nama pon pelik2 ha2.

Next, gi ke I-City, aku pon tak tau la menatang ape ade kat sini. Tapi dah adik2 aku ajak, turutkan je la. Dari jalan masuk lengang jek, once dah sampai entrance, baru realized,  orang ramai gile dah macam semut plak. Dengan bayaran masuk RM1 untuk 1 kete, korang bole tengok segala macam mak nenek lampu kat sana. Tempat tu memang cantik, lampu2 dihias seperti pokok2, tanglung, merak, etc2. Ade gak gerai2 makan, malah skrin besar untuk tengok World Cup pon ada. Malas nak cite banyak, korang gi la sendiri ha3.

Mira yang strike. Apakah?

Ayah yang menang gaya. Tapi strike gak. Apakah? 

 Depan lampu merak (oleh gadis2 yang tak pandai posing)

 Antara dekor2 bersama Eric Leong

 

Adoi tak sehat

Semalam aku gi ke klinik, rase badan cam tak sehat. Lebih kurang camnila conversation aku ngan doktor yang tak ensem tu:

Aku yang ensem sket : Doc, badan cam tak bape best ni.
Doc yang tak ensem  : Ye ke, meh saya cek (sambil mengeluarkan termostat, termometer ngan termos).
Aku yang ensem sket : (Pas 8 minit) Cane doc, pe kes?
Doc yang tak ensem  : Encik demam ni

Aku yang ensem sket : OoooOOoo. Agak2 bile bole sembuh ni?
Doc yang tak ensem  : Dalam sebulan la, to be exact on 12 Julai

Aku yang ensem sket : Amboi, precise skali doc. So ape yang perlu saya buat ni?
Doc yang tak ensem  : Tak perlu ubat. Tapi anda perlukan kerepek2, jajan2, dengan milo panas.

Aku yang ensem sket : UUuuuUuuiiikkk? Lagi?
Doc yang tak ensem  : Encik perlukan ketahanan mental supaya tak meroyan kalau hajat tak ditepati.

Aku yang ensem sket : Apa nama demam ni doc, pelik beno gayanye?
Doc yang tak ensem  : Demam bola.

Aku yang ensem sket : Oh tengkiu doc.
Doc yang tak ensem  : Jangan lupe bayar kat kaunter k.


(Sume cite dalam ni adalah rekaan)

 
 
 
 

What a Weekend

Last week serba menggelabah aku dibuatnya. Bermula Jumaat malam Sabtu, bukan kerana dek World Cup, tapi semata-mata sebab menghadirkan diri ke kenduri bacaan Yasiin dan tahlil ke rumah jiran lama aku, kat taman perumahan sebelah. Selama ni boleh bergurau senda dengan jiran tu, lepak same2, tapi kali ni tak tau nape serba kekalutan. Soknye, saja melawat ke kedai jiran tersebut, tapi perasaan masih begitu, menggelabah, disebabkan aku kene bahan ha2. Apakah?
 

Gula2 sempena World Cup 2010

Kepada brother2 or minah2 yang kaki bola, yang akan bersengkang mata menonton game2 bola nanti, aku ade satu sopwer ngan satu fail Excel yang best. Korang bole manage sume keputusan perlawanan, tapi ade certain things korang kene masukkan secara manual. Tapi takpela, janji rock ha3. Korang boleh pilih mane satu yang korang rase korang berkenan. Link donlod ade kat ceruk sana.

 Contoh screenshot untuk jantina sopwer

Ni plak untuk jantina Excel 


Klik untuk World Cup: SOPWER 
Klik untuk World Cup: EXCEL


 

World Cup 2010



Salam semua,

World Cup kali ni aku pilih Spain untuk menang, sebab bagi aku, Spain adalah team yang paling seimbang pada hampir semua posisi. Selain tu, Brazil gak ada harapan, walaupon majoriti palyer baru yang muda2, tapi bakat diorang memang gempak. Team lain yang ada kemungkinan, Belanda.

Untuk yang sokong England, korang sokongla puas2 eh ha2.

Papepon, bagi aku, piala dunia FIFA ni la sukan paling unggul kat muka bumi ni. Hanya berharap aku sempat tengok Malaysia main sebelum aku takde lagi kat dunia ni, insyaAllah.....
 

Belasungkawa...Tok Wak

2 minggu kebelakangan ni, macam2 perkara pahit manis berlaku dalam hidup aku. Jap manis, tetibe pahit, datang plak manis, manis, pahit plak, macam roda kete Ferrari yang berputar terlalu laju. 

Pas aku bergembira tentang hal keje yang setel setelah menanti sekian lama, 2 hari selepas tu, tanggal 27 Mei 2010 aku dapat berita Tok Wak Jantan meninggal, sekitar jam 5.00am. Aku yang kebetulan masa tu masih kat JB, terkilan gak sebab tak sempat jumpe arwah sebab atas permintaan arwah sendiri, jenazah dikebumikan 10.30am.

Selepas Atok ngan Opah belah mama aku meninggal mase aku kecik dulu, Tok Wak suami isteri ni la tempat kitorang balik kampung. Sebab Tok Wak Minah adik beradik ngan arwah Opah aku. 

Arwah ni rapat gak ngan aku, seorang yang suke bercerita, mula cakap pasal jodoh aku mase aku pas SPM lagi. Sampaila dia sakit pon, masih cakap pasal jodoh aku. Tapi aku terkilan sebab arwah tak sempat tengok aku kawen. Mungkin blom sampai jodoh.

Arwah juga seorang yang banyak ilmu agama, segala macam doa dan ayat Quran ada dalam kepala dia. Sebab tu kalau nak argue dengan dia, memang susah. Finally, aku doakan arwah tenang dan beroleh berkat di alam kubur....amiiiinn....