Weekend tok

Sok (Sabtu 1 Ogos 09) buat pertama kalinye aku nak menceburkan diri dalam aktiviti bermasyarakat kat perumahan aku ni. Sejak hampir 4 bulan aku dok sini, esok baru ade peluang nak jumpa orang-orang yang duduk kat perumahan ni, itupun sebab jiran selang beberapa rumah dari rumah yang aku duduk ni buat kenduri kawen. Tapi rase terharu gak sebab kewujudan kitorang kat sini disedari he2. Paling lawak mase dapat kad undangan orang tu tulis 'Rumah 62', sebab diorang tak tau nama kitorang ha2. Tapi ni la beza duduk kampung dengan duduk bandar. Duduk kat kampung dengan cepat dapat kenal-kenal jiran. Kat bandar ni susah sket, lagi-lagi kalau duduk kat perumahan yang elit, sebab banyak masa dihabiskan dengan berkerja. Nasib baik la perumahan aku ni up sket dari setinggan, so ade harapan lagi la nak kenal jiran-jiran.

Ahad nak pergi ke PC Fair dengan Amir & Aizat. Patutnye nak pergi Sabtu gak, tapi memandangkan esok hari yang genting kat KL, so kitorang tak nak amek risiko. Bagi aku, bodohla orang-orang yang buat perhimpunan camtu. Menyusahkan orang lain jek. Aku langsung tak percaya bila penganjur-penganjur tu cakap yang perhimpunan tu tak akan ade keganasan. Sume tu bohong. Sejarah dah membuktikan. Ade care yang lebih manis dan bersopan berbanding buat perhimpunan dan perarakan tu.Tak payahlah terlibat dengan benda-benda camtu. Nanti dah bermain emosi, konpem akan berakhir dengan keganasan. Aku kesian dengan polis-polis. Bile diorang jalankan tugas dengan menahan pesalah dan melepaskan gas pemedih mata, semua mengutuk polis, cakap polis kejam. Padahal kalau diorang tak buat semua tu, tak ade sebab polis nak tahan diorang.

Akhir kata, buka la minda sucikan jiwa!

Penulis : abcdef ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel Weekend tok ini dipublish oleh abcdef pada hari Saturday, August 1, 2009. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 0 komentar: di postingan Weekend tok
 

0 Penggossip Liar: