Konvokesyen 09


Kad jemputan :D

Pada 13 Ogos lepas aku fly ke Kuching, Sarawak dengan parents dan adik bongsu aku untuk menghadiri sidang konvokensyen aku. Sidang fakulti aku pada 16 Ogos, tapi terpaksa datang awal sebab kene hadiri raptai pada 14 Ogos.


Ayah aku dalam aircaft

Segala urusan pengambilan jubah dan bayaran aku dah mintak tolong Naq setelkan awal-awal lagi supaya senang bila time mau konvo nanti. Sampai jek Kuching, uncle aku amek kitorang sume kat epot, memang beruntung sebab ada sedara kat sane. Urusan pon agak mudah.

Pas bawak famili aku jalan-jalan ke UNIMAS siang tu, malam tu aku belanja famili aku ngan famili uncle aku makan nasi ayam penyet kat Kuching. Sok paginye aku gi UNIMAS dengan Naq dan Osman untuk acara raptai. Sebenarnye bukan nak sangat gi ke sesi raptai tu, yang penting bole jupe kawan-kawan lama. Kat sane Sim, Indra dan Ajel dah sampai. Tak lame pastu Hasno dan Sam pulak sampai, dan kemudian Barry. Kawan-kawan mekanikal plak aku nampak Tasnim jek. Abes sesi raptai kitorang lepak-lepak dulu dalam dewan untuk borak-borak, sampaila kene halau dengan guard he2.


Menikmati ayam penyet


Sesi raptai, tapi sebok borak-borak sampai tak dengar langsung briefing (maklumla, lame tak jumpe)


Afta raptai, sam mengheadbangingkan kepala

Petang tu pas solat Jumaat kat maktab perguruan, sempatla aku gi ke 1TJ, bangunan shopping mall yang kononnye nak menyaingi Saberkas. Tapi mungkin disebabkan baru dibukak, so ruang dalam agak hambar. Kedai pon tak banyak, kedai yang ade pon dari Saberkas macam PC Image dan 3E.


Dalam 1TJ yang membosankan


Luar 1TJ

Sabtu plak aku gi ke Serikin untuk bersoping-soping ngan parents aku. Sempatla mama aku beli kain telekung dia, aku plak beli cincin jek. Tapi kat sane dah semakin maju, kedai pon makin banyak. Gerai yang kat hujung ade menjual telur penyu, tapi tak sangka malam tu keluar isu jualan telur penyu tu kat Buletin Utama. Dah la memang lokasi tu kat Serikin.


Soping kek lapis Sarawak kat kedai Dayang Salihah


Depan DUN yang baru


Kampung Gersik, ngadap Waterfront

Ahad, 7 pagi, aku gerak ke UNIMAS naik motor kesayangan aku yang dah lama dilupakan sejak aku balik semenanjung untuk sidang konvo ke-3 untuk Fakulti Kejuruteraan (FK) dan Fakulti Sains dan Teknologi Sumber (FSTS). Manakala famili aku plak datang dalam 8.30am dengan famili uncle aku. Tapi yang tak bestnye, disebabkan nama aku bermula dengan huruf 'S', terpaksela aku dok agak hujung-hujung.

Selepas berarak pada 8.30am ke dewan, kitorang pon amek tempat masing-masing kat dalam dewan tu. Majlis bermula kira-kira jam 8.45am selepas selesai perarakan pensyarah dan VIP. Aturcara dimulakan dengan ucapan aluan oleh pengerusi majlis dan seterusnya ucapan oleh NC UNIMAS, Prof Khairuddin.

Nasib baik pas ucapan NC tu terus ke penyampaian ijazah, sebab nak dok lame-lame dalam dewan tu mau pitam aku dibuatnya. Dahla time tu aku tengah selesema, dok plak dalam dewan yang ekonnya sejuk gile.

Turn aku hampir 2 jam selepas majlis penyampaian skrol bermula, sebab FSTS yang mulakan dulu. Then student FSTS agak ramai. Sebab tu FK agak lewat. Seronok tengok orang amek skrol, macam-macam ragam bole jumpe. Ada yang serius, ade yang hepi, ade yang excited tak ingat dunia, ade yang tunduk sampai nak tumbang, ade gak yang langkah tak betol, macam-macam hal he2.

Tapi yang bestnye, penyampaian sijil tu diselang-selikan dengan persembahan lagu-lagu. Aku tak pasti siapa yang in-charge, tapi most probably by kelab BAYU. Satu part yang bagi aku paling best mase diorang tayang video clip pasal UNIMAS, sebab lagu tu macam lagu baru dan sedap didengar, then lagu tu bersynchronize dengan videonye. Aku nak request lagu tu, tapi tak tau kat sape.

Majlis abes kol 11.30, aku lega, kawan-kawan aku lega, parents aku pon lega. Malas nak dok lame-lame dalam tu, lagi-lagi aku sendiri tengah selesema. Tapi bangga gak la sebab dapat naik pentas amek skrol ijazah tu, walaupon sebelum ni pernah konvo kat MRSM, kat matrik , even konvo kat tadika, tapi kali ni perasaan tu berbeza.

Abes majlis, kitorang berarak keluar. Sambil tu aku cari-cari parents aku, kot-kot ade dok kat tepi line perarakan tu. Aku nampak mama aku tengah pegang bunga sambil senyum kat aku. Abes berarak terus aku gi ke parents aku, peluk diorang. Paling tak boleh lupe mase aku peluk mama, mama cakap 'tahniah sayang' sambil tersedu-sedu sebab sebak, then bagi aku sejambak bunga. I love u ma n pa :D


Afta konvo, with my parents

Abes sume, kitorang gi ke DK4 untuk makan pree ngan budak-budak FK lain. Tak silap aku majlis tu budak-budak SAFE yang organize. Tapi tak kesahla, yang penting makan pree.


Aku, Indra, Sam, Hasno dan Saiful

Then bermulala adegan-adegan bertangkap gambo kat sekitar UNIMAS. Tempat first aku tuju semestinya kat bridge, student panggil 'Jambatan Cinta'. Then gi ke FK, Dataran Canselori dan akhirnye di main entrance.


Depan jambatan


Depan FK


Hadiah. Thanks :D

Aku nak ucap thanks kat insan yang sudi bagi aku hadiah, pada parents aku yang bagi bunga, Uda yang bagi bear dan Shida yang bagi sebotol choc chip dan badge. Tak lupa, aku mintak maap kat Dr. Ibrahim sebab tak jadi sambung master bawah dia walaupun dia dah bersusah payah buatkan proposal untuk aku. Aku mintak maap sangat-sangat. Papepon aku nak wish tahniah pada sume kawan-kawan coursemate aku, dari yg konvo 2008, konvo 2009 hinggalah konvo 2010 nanti (insyaAllah). Hope sume akan dapat title IR satu hari nanti, Amiiin :)



Penulis : abcdef ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel Konvokesyen 09 ini dipublish oleh abcdef pada hari Wednesday, August 19, 2009. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 5 komentar: di postingan Konvokesyen 09
 
Reactions: 

5 Penggossip Liar:

'K' said... | August 19, 2009 at 10:22 PM

Lawa jugak kad jemputan ko tu...

abcdef said... | August 19, 2009 at 11:46 PM

He2 ntah aku tgk cam bese jek...utk pic yg len ade kat fb aku

aikiross said... | August 20, 2009 at 12:25 PM

kad jemputan K ape cite???haha...
bestnye konvo ko...konvo aku nightmare tau!gare2 mak aku bad mood aku langsung tak bergamba around UMS...dgn cosmate jgn cite ah...sekeping pun xde...huwaaa!! ToT ni yg nak nyanyi lagu andai dapat ku undur mase nih!papepun,tahniah...

'K' said... | August 20, 2009 at 1:53 PM

Ko xyah kad jemputan la cah...pakai air liur je da la...
wat abis dakwat printing je...hehehe

abcdef said... | August 20, 2009 at 3:16 PM

Tengkiu cah...ala mmg nak kene undur mase camtu cah....syg gile x dpt bergambo hu2