Salam sume,
Banyak program2 Rakan Muda (RM) yang aku nak share tertangguh before ni dek kesibukan kerja. So untuk entry kali ni, aku rangkumkan jek sume.
1. Aktiviti Mencanting Batik
Program ni diadakan 30 Mei lepas (memang dah lama gile ha2) kat INSPENS Kuala Selangor. So peserta sume dari kolej tu gak la, termasuk 3 orang lecturer diorang. Aku memang excited gak la untuk same2 mencanting selepas kali terakhir aku mencanting, mase kat matrik dulu (x silap aku la).
So, ade beberapa proses dalam mencanting ni. Memula kene ade blok kayu & kain putih. Kain tu kene diikat tegang2 kat blok kayu tu untuk memudahkan kerja mencanting nanti. Then cairkan lilin di dalam periuk untuk dituang ke dalam pencanting. Sementara tu, lukis corak kat kain putih tadi dengan pensil mengikut kreativiti kita. Lepas siap, tuang lilin cair tu ke dalam pencanting, then slow2 canting batik tu mengikut line yang telah dilukis tadi. Setelah setel menggigil2 buat line tu, teruskan poses mewarna plak. Untuk mewarna, korang boleh sesuka hati tenyeh ikut kaler yang korang nak he2. Siap je semua, tunggu hingga kering then rendamkan kain tu ke dalam cecair sodium silicate selama beberapa jam.
Tapi dalam program ni kitorang takdela rendam dalam cecair tu disebabkan faktor masa. Akhir program, ade hadiah untuk kumpulan2 yang menang dari segi kekreatifan diorang yang dinilai oleh pengajar. So berikut gambar2 yang ingin dikongsi....
Peserta2 yang turut excited
Proses diterangkan dan menerangkan (Hukum DM)
Proses menegangkan kain dan perasaan
Mencanting mengikut corak yang telah ditetapkan
Aku yang turut mencuba mencanting keh3
Lecturer pon tak ketinggalan mencuba nasib (proses mewarna)
Hasil kerja budak2 ni
Pemenang dengan hadiah diorang
Bergambar kenangan
2. Y2Y (Youth 2 Youth) Daerah Kuala Selangor
Program ni 19-21 Jun 09 kalau tak silap aku la he2. Lame sangat sampai aku pon da lupe. Takde ape sangat program ni. Lebih kepada perbincangan untuk belia2 kat Daerah Kuala Selangor ni. Yang len tu lebih kepada santai. BTW, ni sket gambar untuk kongsi2...
Aku, apis, mirul & daus
Sesi percambahan idea
Posing dulu sebelum kudap2
Cam bese, posing di akhir program
3. Y2Y Pangkor
Errr...same jek cam Y2Y Cameron, ni pon lebih kepada jalan2 keh3...
Sesi taklimat
Aktiviti merejam lembing
Eh, rajin la plak mempresent
Apa nama tempat ni eh?...lupe lor
4. Aktiviti Belajar Menjahit
Program ni 13 & 14 Jun 09 yang bertempat kat kedai jahit mak aku sendiri. Program ni bawah peruntukan belia dan dihadiri kira2 20 orang peserta. Tapi jahitan terhad untuk baju kurung sahaja. Step2 untuk buat baju ni senang jek, first kene potong kain ( ni part yang paling kritikal). Then jahit tepi (ni part paling senang, tapi senang termakan kain gak ha2). Seterusnya sambungkan part2 tu (part yang agak leceh). Last skali jahit leher (part yang sangat leceh).
Peserta mendengar taklimat keberangkatan
Khusyuk mengukur kain
Steadyla hi2
Skodeng sket
Potong kain
Siap akhirnye
5. Karnival Sukan Taman Permai
Karnival ni anjuran Kelab Rakan Muda Kuala Selangor dengan kerjasama Rukun Tetangga Taman Permai aka taman perumahan aku ha2. Dijalankan pada 29 November 09, ade 2 acara yang dipertandingkan iaitu futsal dan bola jaring. Tapi acara pagi dimulai dengan senam seni, satu senaman yang sedang dipopularkan untuk menggantikan poco2 (sbb indon asyik kecoh dengan hak diorang). Selepas itu baru futsal dan bola jaring dijalankan dengan kedua2 acara masing2 mengandungi 5 pasukan dan dimainkan secara liga. Berikut antara aksi2 bintang sukan yang menarik perhatian masyarakat antarabangsa...
Bergotong-royong berjoget
Ewah!
Eh tarian ape plak ni??
Peraduan teka bola
Aksi yang mendebarkan
Selepas berhempas pulas...
Bersama makcik2 yang mengheret aku bergambar bersama
So, setakat ni je la. Actually ade 4 program lagi aku nak share tapi disebabkan perlawanan Arsenal vs Liverpool nak berlangsung, aku cite di kemudian hari je la. Salam ukhwah. Babai.
4 Penggossip Liar:
yeayy!!!!, Kak fiza pon in the list..hehehe
eleh tau jek akak jenguk ke sini...tu yg saya letak ha3
huh...kenangan lame lagi...
xdela lame sgt pon
Post a Comment