“Selamat Hari Guru 2010,thanks pd sume cekgu2 yg telah bertanggungjawab menjadikan aku seperti aku pd hari ni. Ucapan khas kpd sume cekgu yg ikhlas (x t’msk cekgu2 yg asyik mtk naik gaji & membebel psl beban kerja). Tingkatkan kualiti, kurangkan politik dan hormatilah majikan anda.”
Statement kat atas aku tulis kat wall facebook aku arini. Kali ni aku nak ulas beberapa isu fasal profesion keguruan ni.
Lately pelbagai tuntutan yang dibuat oleh kaum2 cikgu ni sangat merimaskan aku. Tuntutan naik gaji, mengadu fasal beban kerja, waktu kerja yang padat etc2. Kalau kita ikuti sekian lame dalam surat khabar or media, perkara ni dah berlanjutan sampai sekarang. Aku sedar perkara ni dijaja hanya segelintir cikgu, tapi kesannya boleh merebak.
Sebelum pergi jauh, aku nak story sket fasal cikgu yang paling aku hormat seumur hidup aku, Sir Manickam. Beliau mengajar Bahasa Inggeris time aku darjah 5 dan darjah 6. Dengan menaiki moto Honda EX5, beliau sanggup buat kelas tuisyen free Sabtu dan Ahad, pagi sampai petang, Rabu pula pada sebelah malam. Kalau students ade yang tak dapat datang beliau sanggup pergi ke rumah student tersebut untuk menjemput supaya dapat belajar same2 ngan kawan2 lain. Walaupun bahasa beliau agak kasar kalau student tersilap langkah, “stupid!”, “idiot!”, or kadang2 “lembu!”, tapi tak pernah skali pon kitorang sume (batch aku, UPSR 1997) kecik hati dengan beliau. Kalau berjaya menjawab or excel dalam test, beliau akan bagi upah, dari doposen sampailah ke seringgit (time tu seringgit besar woo). Kadang2 before kelas dia akan blanje eskrem batang tiap2 sorang. Selain tu, tiap2 hari dia akan bawak surat khabar The Star ngan News Straits Time untuk paksa kitorang bace dan ketahui situasi semasa. Aku bukan reka cerita, kalau ditanyakan tentang ‘Sir Manickam’ pada budak2 batch aku, semua pon akan menggambarkan perasaan sama. Memang agak janggal bila difikirkan seorang cikgu India terlalu berkorban untuk anak-anak muridnya yang kesemua 60++ orang adalah Melayu, kecuali sorang je India, Komalavali.
Berbalik kat isu di atas. Aku sebenarnya naik muak ngan permintaan cikgu2 ni (bukan sume cikgu). Walaupun aku bukan lagi berada di dalam alam persekolahan, tapi aku agak terpanggil untuk kupas isu ni. Sebabnya, insya-Allah kalau panjang umur, aku akan ade anak dan cucu pada masa depan, di mana budak2 ni la penentu masa depan dan kelangsungan negara, agama dan bangsa. Dan segala-galanya bermula dengan seorang guru.
Apa yang nak dibisingkan dengan gaji?. Gaji seorang guru kakitangan awam agak tinggi sebenarnya. Rata2 kawan2 aku yang cekgu mampu pakai kete Persona, untuk seorang lepasan ijazah yang baru bekerja sebenarnya menggambarkan betapa gaji yang ditawarkan tak lah seteruk mana. Jika dibandingkan dengan sektor swasta, rata2 hanya mampu pakai Saga BLM. Apa lagi kalau nak dibandingkan ngan gaji cekgu2 yang dah lama mengajar?. Seorang cikgu senior kat kampung aku malah pakai Toyota Wish. Jadi, di mana rendahnya gaji?
Beban kerja?. Anda pilih kerjaya sebagai cikgu, anda harus bertanggungjawab atas kerja anda. Aku pilih kerjaya sebagai jurutera, aku ada tanggungjawab sendiri. Orang lain pon, tak kira la, dari petani, kerja kilang, tentera, doktor, etc2 sume kene jalankan tanggungjawab masing2. Segelintir cikgu yang melalak fasal beban kerja ni sebenarnya, bagi aku, terlalu mementingkan diri sendiri. Seolah2 hanya dia yang bekerja kat dunia ni. Anda ada pengetua/guru besar, pergila berbincang. Tak perlu hebah 1 Malaysia yang seolah2 dia je keje paling banyak. Jarang aku dengar doktor ngan nurse merungut dalam media walaupun on call tak tentu masa, tak pernah aku dengar jurutera JKR merungut dalam akhbar walaupun hakikatnya diorang ni selalu balik lewat malam, tak pernah aku dengar polis merungut walaupun masyarakat dok ngutuk sebab tersalah tembak orang. Jadi, terimalah tugasan cikgu dengan sewajarnya, apa masalah anda?.
Aku pernah mengajar sebagai cikgu sandaran di 2 sekolah yang berbeza pada waktu cuti sem semasa zaman universiti dulu. Bagi aku, cikgu2 ni banyak berpolitik. Dalam menyatakan pendapat dalam blog ni aku try berlaku neutral. Aku tak kisah sama ada cikgu2 nak undi kerajaan or pembangkang. Cikgu2 bekerja sume bawah kerajaan Pusat, maka majikan adalah kerajaan Pusat. Tak perlu nak heboh mengutuk kerajaan selaku majikan anda, ini teruk, itu teruk, sini salah, sana salah. Tak perlu nak berkempen dalam kelas. Hormatilah majikan anda, jika sokong pembangkang pon, terjemahkan dalam bentuk undi. Sekurang2nya anda menghormati pihak yang menyalurkan gaji korang. Bukannye asyik nak menyalak tuntut naik gaji dan bonus, apabila dah diberi, tak pernah tau nak berterima kasih, malah dikutuk plak. Jika ditakdirkan satu hari nanti kerajaan berpindah tangan, lakukan perkara yang sama. Hidup biarla berprinsip dan bermaruah. Masalahnya dengan segelintir cikgu2 ni, taksub menyerlahkan kesalahan kerajaan tanpa pernah terfikir sebenarnya mereka adalah salah satu puncanya, tetapi pandai plak menadah tangan mengharap kenaikan gaji.
Aku rase setakat ni je kot luahan hati aku yang sebenarnya dah lama terpendam. Hampir tiap2 hari dalam surat khabar ade je surat2 dari golongan2 cikgu yang tak kenal erti syukur ni. Sampai ayah aku yang seorang cikgu pon naik jelak bace statement2 diorang. Pada cikgu2 yang bace entry ni, aku minta maaf kalau ade yang tersinggung, niat ikhlas untuk membetulkan persepsi, jika berlanjutan, negara capai Wawasan 2020 pon, dikhuatiri mentaliti rakyat masih di takuk lama. Kepada cikgu yang benar2 ikhlas, aku ucapkan banyak2 terima kasih dan jasa anda semua akan dikenang sehingga ke akhir hayat. Moga2 banyak lagi ‘Sir Manickam’ akan dilahirkan dalam memperjuangkan pendidikan rakyat. Sekian.
7 Penggossip Liar:
seriously ade benar pndgn tu...
macam aku...aku mengajar jugak..cuma bezanya aku mengajar di IPTA...scale gaji aku hanyalah gred 41...sbb ade pengalaman jd engineer industri dpt ler P1T2..so gaji aku sama je dengan cikgu kt skolah tu....tp ni bezanya keje kami....
kami di IPT
1)mengajar dr pg smpai ptg, ble ada mslh kelas jadual smpai mlm
2)kami perlu terlibat dengan research
3)bagi grade 41 ni kami wajib menjaga sebuah makmal yang berskala besar, mcm aku, aku kna jga loji baru.
4)tugas pengurusan jgn ckp ler, klo dh menjaga makmal yg boleh declare sbg loji tu paham2 ler.
i) penilaian tender sume perlu dibuat
ii) sebut harga dan dokumen pembelian mmg tugas hakiki kami
5) aku ni termasuk dlm jwtnkuasa pengurusan hasil tanah IPT aku yg berukuran hmpir 100ekar
6) ISO directly involve
7) 5S sistem directly involve
8)penasihatan akademik pelajar..lebih kurg jer mslh dengan student skolah klo dpt pelajar bermasalah tu
tp prnah dengar tak kami berbunyi??
klo berbunyi pn xde beza...xde sape nk bela....gaji aku ni pn sama jer...gred 41 jgk....
bile kna terlbat dgn silibus baru keje mmbuat silibus tu mmg dh kna..
ntah ler...nk ckp pn malas...
Kite sebenarnye masing2 hidup dlm dunia yg segalanya serba pantas, even kerja kilang ada target brape batch perlu dihasilkan sehari yg memerlukan pekerjanya kerja dlm pressure....aku pernah kerja kilang 2 kali di 2 kilang yg berbeza
Sebab tu walau kerja ape pon,kite x perlu nak heboh...kite ada ketua, kita ade komuniti kerja, so kita bole bincang sbnrnye..
aku yg kerja swasta, kdg2 dengki gak ngn kakitangan awam, segala kemudahan, diskaun dpt...tp x kesahla, dah mmg rezeki diorang..
kesimpulannye, kite perlu bersyukur dgn ape yg kite ade, tp jgn la terlalu menerima smpi kene pijak kepala
aku prnh keje dgn 3syarikat swasta b4 ni.....1 syarikat multinasional...1 GLC.....1 syarikat krajaan negeri....beza btul suasana keje.....
Kenaikan gaji ni macam tunggu hujan di musim kemarau...klu ada, alhamdulillah.klu tidak, redha jer la. sepnjang pgalaman aku jd cikgu, ramai jer cikgu2 yg xderla mngajar sangat.byk buat ketupat, lepak kat kantin, isap rokok dlm bilik sediaan sukan, jual mekap dlm catalog,jual kasut,jual pinggan magkuk....agak2 kalau macam ni perangai diorg layak ke naik gaji????
yg byk buat keje cikgu2 baru yg baru dapat posting (tu pun sbb diorg tak tahu lg asam garam hidup sbg cikgu)....dan sebab aku rasa aku tak cukup bagus utk pegang gelaran cikgu,maka aku letak jawatan.sebab bg aku, cikgu ni suci.kalau byk merungut, dah hilang kesucian cikgu tu utk menurunkan ilmu. sbb tu ramai anak muda skg hilang hormat pd cikgu sbb...korg boleh nilai sendirilah.tq
thanks 4 da comments...theres some points
sokong!
aku rase cikgu2 ni rase xselese dgn keadaan skolah...
kalo bdk2 baik xpela juge...zmn skang bdk2 makin kuang ajo...cikgu2 skang pun dah berubah jugak...pemanasan global plak meningkat...kelas2 mahupun bilik guru majoriti xde air-cond...bangunan tggi plak...kene panjat turun tangge...xde lift...kalo kelas 1 kat G floor, kelas 2 kat atas sekali, pemat weh...(aku penah kene jadual yg mcm ni)...marker pen kene beli sindri...pejabat cume supply refill je...itu pun xcukup...pen merah biru alat2 tulis lain pun kene beli sindri...komputer/internet kene pegi lab komputer or CC utk guru...seb bek ade skim pinjaman utk guru2 beli laptop...itu pun belum tentu sume skolah ade wireless!
kesimpulannye...xde keje yg senang...kat mane2 pun ade advantage and disadvantage....
biarla dorg nak tuntut gaji lebih pon...
Post a Comment