Review: Call Of Duty 4: Modern Warfare

  • Dah lama gile aku tak main game yang berat2 kat PC. Kalau main pon mesti kat PS2. Masalahnya, kat PS2 aku tak pandai nak kontrol untuk First Person Shooter (FPS). Kalau nak main bola tu takde masalah la. Tapi untuk FPS better pakai mouse. 
  • Masalahnya lagi, game yang terbaru semua memerlukan spesifikasi komputer yang sangat tinggi, diulangi, sangat tinggi, untuk kepuasan yang maksimum. Kalau setakat medium spec, alamat rase cam nak baling je skrin komputer tu time main nanti.
  • Tapi awal taun hari tu, kompeni aku belikan komputer high spec untuk arkitek ngan designer. Biasela, nak buat design cun melecun ngan 3D mestila kene pakai power2. Disebabkan aku nak turut join memfullyutilizekan  komputer2 tu, aku pon install game2 yang best ha3. BTW, ni spec komputer2 tu:
  1. Intel Core i5
  2. 4GB DDR3 Ram
  3. Nvidia GeForce GT230 1.5Gb
  4. 1 TB HDD

  • Ok, berbalik kat segmen review. Untuk first game yang aku dah main  pakai PC ni, ialah Call Of Duty 4: Modern Warfare, yang dikeluarkan sekitar November 2007. Dengan full resolution, grafik dia memang terbaik dari ladang la ha3.
  • Secara ringkasnya, dalam game ni korang akan bawa watak Sarjan John "Soap" MacTavis, askar dari SAS British. Dengan dibantu teammates dan Kapten John Price, korang perlu hentikan serangan nuklear yang akan dilancarkan oleh seorang ultranasionalis, Imran Zakhaev dan pemimpinnya, Khaled Al-Asad. 
  • Keadaan menjadi semakin buruk disebabkan Presiden Timur Tengah, Al-Fulani telah digulingkan oleh Al-Asad.
  • Dalam plot by plot yang korang akan main, dari misi kat kapal laut sampai ke udara, korang dengan Kapten Price akan berusaha untuk cari Al-Asad dengan bantuan seorang spy yang korang dah selamatkan, Nikolai dan tentera Russia.
  • Selepas korang dapat tangkap Al-Asad, dengan petunjuk dari beliau, korang akan menjejaki Zakahev plak, melalui anak dia, Victor Zakhaev.
  • Ending dia memang best, kalau nak tau, main sendirila ha2.
  • Gameplay, memang best. Ade 1 plot, time malapetaka Chernobyl, bangunan dan persekitaran dibuat berdasarkan lokasi asal.
  • Senjata plak pelbagai, macam M4A1 Carbine, Sniper Rifle, FGM-148 Javelin portable anti-tank guided missile, claymores, dan part paling best korang boleh panggil airstrikes ngan UAV reconnaissance untuk tolong korang.
  • Grafik memang cantik, tapi depends kat PC korang gak la. 
  • Rating, aku bagi 7/10 la he3. Enjoy gambar2 screenshot kat bawah. Sekian.







Penulis : abcdef ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel Review: Call Of Duty 4: Modern Warfare ini dipublish oleh abcdef pada hari Wednesday, July 14, 2010. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 0 komentar: di postingan Review: Call Of Duty 4: Modern Warfare
 

0 Penggossip Liar: