Memorabilia: Blok umah aku hampir musnah terbakar!

Adoi, hari ni badan lenguh2 sebab karnival sukan kat kampung semalam. Driving ke opis pon ngantok2 tadi. So tulis blog ni boleh buat segar sket (kot).

Ok, dah buat nescafe gold. Jom kite sambung.

Lokasi masih kat Pantai Dalam, umor aku 5 taun. Tengah malam tu, sedang ku enak diulit mimpi, aku agak dalam kol 2-3 pagila, tetibe mama kalut2 kejutkan aku ngan Angah. Aku kuar, tengok ayah tengah sibuk menyelongkar laci, cari dokumen penting katenye. Aku tengah mamai2 lagi, pastu kene heret ngan mama ke luar umah, dengan Angah skali.

Kuar je umah, terpana aku dek keindahan api yang marak membakar umah2 kat blok sebelah yang hanya beberapa meter dari umah aku. Yup, peristiwa tu masih jelas dalam kotak fikiran aku yang mempunyai berbillion sel otak yang berwarna warni.

Tak lame pastu, aku agak tak sampai 5 minitla, bomba sampai berlumba2. Orang ramai mase tu jangan cakapla, memang meriah macam festival songkran kat Thai tu, yang main simbah2 air tu.
Dah lama terpana, barula aku sedar, umah aku di ambang wati, kehancuran dan kehangusan. Mama ngan ayah memang dah risau, termasukla sume penduduk yang 1 blok ngan umah aku. Masa tu memang doa sangat2 supaya api tak merebak ke blok umah kitorang.

Dalam sejam lebih gak la, api dapat dikawal, fortunately, tak merebak ke blok umah kitorang. Pas bomba ngan polis bagi kebenaran kitorang masuk umah je, mama ngan ayah terus bukak TV. Pelik aku. Rupenye nak tengok berita terkini kat TV3. Dan hasilnye, kejadian tu memang masuk dalam berita pagi2 buta tu ha2.

Syukur sangat2 sebab api tu tak merebak ke blok umah kitorang. Kalau tak memang tinggal sehelai sepinggang sedada sebahu sebetis sume la. Tak silap aku, dalam news tu cakap, puncanya dari litar pintas. Wallahu'alam.

Penulis : abcdef ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel Memorabilia: Blok umah aku hampir musnah terbakar! ini dipublish oleh abcdef pada hari Monday, July 26, 2010. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 4 komentar: di postingan Memorabilia: Blok umah aku hampir musnah terbakar!
 
Reactions: 

4 Penggossip Liar:

Lia Natsumi said... | July 27, 2010 at 1:23 PM

mmg peristiwa yg xkan dlupakan tu..

neway, nice blog layout!!
pwit..wit =)

abcdef said... | July 27, 2010 at 6:11 PM

he2 btol2...anyway thanks, bangga ni keh3

Isma said... | July 27, 2010 at 7:08 PM

ko penah je gi pesta air tu.bunyi cam ada experience je..huhu.

weh tak boleh blah terus tgk berita terkini tu.huhu

abcdef said... | July 28, 2010 at 2:40 PM

mane la aku penah g pesta air tu, tp kan kat bite slalu ade he3