Review: Invictus

Sempena final World Cup yang akan berlangsung beberapa jam je lagi, aku nak review 1 movie ni. Memang takde kaitan ngan WC pon, tapi lebih kepada bagaimana 1 negara seperti Afrika Selatan yang dulunye mengamalkan dasar 'Apartheid', kini berjaya menganjurkan WC. WC memerlukan dasar penduduk yang bersatu padu, bukan hanya bergantung kepada kerajaan semata-mata.



Filem ni dibintangi Morgan Freeman sebagai Nelson Mandela (Presiden), Matt Damon sebagai Francois Pienaar (ketua pasukan team ragbi Afrika Selatan), pelakon lain tu tak payah tau la, tak popular pon. Tapi pengarah dia, Clint Eastwood. 

Ok, 'Invictus' adalah dalam bahasa latin yang bermaksud 'unconquered', yang tidak dapat ditakluki. 

Secara ringkasnya, cite ni berkisar kepada team ragbi Afrika Selatan yang bergelar 'Springboks', yang kesemuanya dianggotai manusia kulit putih kecuali sorang, Chester, kulit hitam. Manakala bagi penduduk kulit hitam kat sana lebih berminat untuk bermain bola sepak. Team bola sepak Afrika Selatan lebih dikenali sebagai 'Bafana Bafana'. 

Bagi Nelson Mandela yang baru dilepaskan dari penjara sempena penghapusan Apartheid, kemudian bertanding, dan akhirnya menang dan terpilih sebagai Presiden, beliau mempunyai cara tersendiri untuk menangani fobia Apartheid yang masih belum reda. Yang menariknya, kebetulan Piala Dunia untuk ragbi akan berlangsung tak lama lagi, jadi beliau menggunakan Piala Dunia tersebut sebagai platform penyatupaduan rakyat Afrika Selatan. Apa cara yang beliau gunakan, tu korang kene tengok sendirila.

Bagi aku cerita ni memang menarik, berdasarkan kisah benar, plot cerita tak begitu berbelit. Efek dari dasar Apartheid before ni pon ade ditunjukkan, termasuk restoren yang mengkhususkan kepada kulit putih sahaja dan kulit hitam sahaja. Tapi dengan dasar2 yang Presiden dia bawak, akhirnya meminimumkan perasaan sangsi kepada sesama rakyat diorang.

Ape yang aku nak cite, keadaan sane walaupon kritikal dengan dasar Apartheid yang baru dihapuskan, tapi sebenarnya keadaan kat negara ni lebih kritikal.  Sekurang-kurangnya dasar tersebut menampakkan ketidakikhlasan secara nyata.  Kat Malaysia, nampak seperti semua ok, tapi kita sebenarnye seolah2 menunggu bom jangka waktu yang boleh meletup pada bile2 masa. Lebih2 lagi permainan politik yang tidak stabil. Kita sebenarnya menuju ke arah politik perkauman, untuk details korang boleh klik kat SINI.

Kejayaan menganjurkan Piala Dunia FIFA sebenarnya satu lagi manifestasi kejayaan negara tersebut dalam menyatupadukan rakyat. Sedangkan hakikatnya negara tersebut ketinggalan dari segi ekonomi dan pembangunan berbanding Malaysia.

Jadi, aku rase setakat ni je la. Kalau korang rajin, tengokla movie tu, memang menarik. Movie ni tercalon untuk anugerah Oscar 2010. Sekian, salam.


Penulis : abcdef ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel Review: Invictus ini dipublish oleh abcdef pada hari Monday, July 12, 2010. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 4 komentar: di postingan Review: Invictus
 
Reactions: