Arriving at the destination (bak kate gadis dalam GPS)
Bergambo dengan pengantin
Kitorang gerak dari Bandar Baru Bangi jam 1100 dengan 2 kereta, Persona Ganja dengan Viva budak pompuan tu. Patutnye gerak jam 1000 tapi disebabkan aku dengan Kemal ade kerja sket yang perlu disetelkan, tu yang lambat sket gerak.
Kitorang ikut highway Plus dan exit ke Simpang Empat untuk ke lokasi kejadian di Kg Gelam, Tanjung Keling, Melaka. Nasib baik bawak GPS sebab map yang diberi kat kad jemputan tak betul-betul detail. Menggagau gak la mule-mule tu. Last-last pasang GPS. Then bile macam dah tau jalan, semua pon ikut kepala sendiri, tak ikut GPS dah. Akhirnye sesat ha2. Terpaksala kitorang set GPS tu balik, menuju ke Kg Gelam Community Centre.
Akhirnye sampai kat umah Naimah dalam jam 1400. Mase tu Naimah ngan husband dia baru abes makan beradab, tengah berposing sakan depan kamera.Kitorang yang memang tengah lapo terus menyerbu ayam golek yang ade kat bawah naungan khemah pengantin tu. Naimah ni aku kenal-kenal camtu jek, kenal pon sebab rasenye dia same Lembaga Disiplin Pelajar (LDP) dengan aku. Tapi yang aku tau, dia ni ramai gak peminat, tak kesahla yang cakap direct or yang memendam perasaan he2.
Tapi tahun ni memang ramai gile kawan-kawan aku yang kawen. Tak kirala kawan dari SK Jeram, SMKA Kuala Selangor, MRSM Kuala Berang mahupon KM Kulim. Cume dari Unimas je aku tak dengar lagi. Bermula dari awal 2009 sampai hujung tahun 2009, kawan-kawan aku berderet-deret kawen. Nak tak nak aku terpaksa catat semua majlis kawen diorang tu dalam kalendar aku.
Amek berkat pengantin kat pintu gerbang
Sian Anon, sesat ntah ke mana-mana ha2
Bile kenang-kenang balik, tak sangka kawan-kawan aku (termasuk aku) yang semuanya berhingus dulu kala, dah beso2, ramai plak tu yang nak kawen dah. Tapi majlis kawen ni la yang sebenarnye menemukan aku dengan kawan-kawan aku yang terpisah lame. Asal pergi ke rumah orang kawen, selalu buat havoc, sebabnye terlalu banyak benda yang nak diceritakan. Memang seronok. Kadang-kadang dulu kenal baik, tapi sekarang dah tak cam sangat sebab muka dah berubah. Lagi satu gembira sebab dapat tau kawan-kawan semua kerja hebat-hebat, doctor, engineer malah cikgu pon ada. Kawan-kawan ni aset kite pada satu hari nanti.
Sebelum gerak ke bandar Melaka untuk berjoli, kitorang singgah ke masjid Kg Gelam untuk jamak Zuhur dan Asar. Ada sorang pakcik tu mengajak kitorang ke rumah beliau untuk makan-makan sempena bulan Ramadhan yang hampir tibe. Apa yang dikesalkan kitorang tak dapat datang sebab kitorang mengejar masa. Kitorang dengan sesungguhnye mengucapkan jutaan terima kasih kat pakcik tu sebab menjemput kitorang datang makan,tapi minta maaf sangat-sangat sebab tak dapat datang.
Balik dari umah Naimah kitorang gi ke bandar dulu, saje jalan-jalan alang-alang dah berjalan jauh. Kitorang terus ke Eyes On Malaysia untuk menikmati pemandangan sekitar bandar. Gayat gak mule-mule naik benda tu, lagi-lagi bile benda tu dah betul-betul kat atas. Paling cuak bile tengak arm gondola tu pakai pin halus jek ha2.
Depan Eyes On Malaysia
Muka teruja
Disebabkan kali ni aku tak bawak kereta, so susah sket nak bajet minyak. Tapi dari Bandar Baru Bangi, Ganja bawak kereta 120 km/h, sampai sane dalam 2 jam je, setelah tolak lepak-lepak kat R&R dan mase yang terbuang disebabkan sesat. Tol dari Bandar Seri Putra, Bangi dan exit ke Simpang 4 pula sebanyak RM10. Untuk Eyes On Malaysia plak, tiket actual RM20, tapi kalau tunjuk My Kad dapat RM10.
Apepon, tahniah untuk Naimah dan pasangan!