So 21 Julai tu aku pon bergegas ke Stadium Bukit Jalil selepas office hour dengan officemate aku merangkap housemate, Alam. Tapi kitorang gi sane gamble jek sebab takde tiket. Memang mengharap moga-moga masih ade tiket kat sane. Kitorang sampai sane dalam 7.15pm dan terus beratur untuk mendapatkan tiket. Nasib baik tiket masih banyak, so dapatlah kitorang masuk ke stadium tanpa prejudis.
Kedua-dua pasukan warm up sebelum memulakan permainan
Kalau ikut pelan aku nak pakai baju half ManU ngan half Malaysia. Tapi tak sempat nak buat. Kitorang gi stadium pon pakai baju offis jek ha2. So 8.52pm game pon start, lewat sket dari pelan asal. Memang best tengok diorang main, muke-muke player ManU yang selama ni aku tengok kat TV, malam tu ade depan mata. Aku bukan nak memuja, tapi diorang memang star, international players. Tak sangka malam tu aku boleh tengok Giggs, Rooney, Owen, Carrick etc2. Malas nak taip sebab banyak sangat he2. Tapi yang paling aku suke, sebab Macheda main malam tu. Bagi aku Macheda tu star in making. Dia pandai cari peluang untuk score.Perlawanan malam tu berakhir Malaysia kalah 2-0 kepada ManU. Agak terhibur gak aku tengok match tu. Macam berbaloi gak untuk harga tiket yang aku dah bayar. So sini aku nak ulas sket tentang permainan Malaysia malam tu. ManU tak payahlah nak komen lagi sebab memang dah hebat pon.
So ni antara beberapa faktor yang Malaysia kene perbaiki (bagi aku yang tak berapa hebat main bola ni la):
• Basic skill, macam passing bola & tahan bola. Masalahnya passing bola ntah ke mana-mana. Kalau tahan bola plak, mesti pegi jauh bola tu. Patutnya bola tu terus melekat kat kaki, baru boleh kontrol bola. Berbeza dengan ManU yang kawalan bola memang kemas, crossing & passing diorang jangan cakaplah, sebab memang world class punye level. So Malaysia kene asah dulu basic skill tu.
• Ketandusan idea. Masalah dengan player Malaysia ni, tengah (midfielder) dah ok. Tapi semakin hampir dengan kotak penalti pihak lawan, idea pon makin kering. Then sampai beberapa kaki dari kotak penalti je, otak terus freeze. Diorang dah tak tau nak watpe. Abes tu, cemana nak score. Nak mengharap try dari jauh, diorang bukan mampu rembat kencang-kencang, kalau rembat pon mesti melayang jauh ke atas macam main ragbi.
• Stamina. Malam hari tu takdela ketara sangat stamina diorang berkurangan. Tapi semua orang tau yang player Malaysia kekurangan stamina. Dah lame dilaung-laungkan sains sukan. Tapi aku tak taula diorang ni applykan ke tak.
Ni plak faktor-faktor yang selalu orang cakap kenapa pasukan Malaysia lemah, tapi bagi aku semua tu takde maknenye.
• Takde semangat patriotik. Aku tak taula kenapa orang selalu mempersoalkan semangat patriotik players. Benda ni terlalu subjektif. Kalau patriotik tinggi tapi skill hampeh, tetap hampeh. Lagipun sape yang tak bangga menyarung jersi pasukan kebangsaan?
• Faktor saiz badan. Ni la perlunya sains sukan. Walaupun saiz badan kecik tapi at least mantap dan boleh bersaing dengan player yang badan lebih besar. Bagi aku alasan ni memang tak bole pakai sebab Korea Selatan ngan Jepun bole berjaya, padahal saiz badan diorang lebih kurang macam pemain Malaysia jek.
So sekian jek ulasan aku kali ni. Hope kecemerlangan Malaysia pada malam tu bukan hipokrit semata-mate. Diorang kene improve permainan setiap masa. Akhir kata, majulah sukan untuk negara!
0 Penggossip Liar:
Post a Comment