Archidex09

Salam...
Hari ni 1st time aku pergi ke pameran berkenaan 'kearkitekan' kat Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC). Sebelum ni tak pernah pergi pun mungkin disebabkan selama ni aku berhabitat kat Sarawak sane, then aku tak ade la perasaan pun nak amek tau apa yang berlaku kat KLCC tu. Tapi memandangkan aku dah menceburkan diri dalam bidang industri ni, untuk tak mau terlemas pulak, kene la aku amek tau apa itu 'arkitek' di samping mencari-cari suppliers yang bagus-bagus dan berhemah (termasuk amoi-amoi yang cun he2).

*Iklan sat. Kat Astro Hitz tengah tayang video lagu peberet aku, Cry Me A River.

Sambung balik, so aku dari opis tadi gerak la ke KLCC dalam pukul 12.40 dengan mengajak Aizat (officemate baru, walaupun lain department tp aku paksa ikut gak) pergi bersama. Pas aku parking kat The Zon Hotel sebab nak dapat parking pree, aku pon pergi ke Masjid KLCC dulu untuk solat jumaat. Lepas setel sume kitorang pon pergila menapak ke KLCC tu. Dalam 2.40pm, selepas mendaftar masuk dan amek pass, kitorang pon masuk dengan harapan yang berbunga-bunga.

Ni pass yang aku dapat

Untuk makluman, exhibition kali ni ade beberapa ruang pameran bermula di Grand Ballroom, Hall 1, Hall 2, Hall 3, Hall 4, Hall 5, dan akhir sekali ruang Expose untuk contoh hiasan di dalam rumah. Mengandungi 400++ exhibitors, memang berjaya membuatkan kaki aku sangat lenguh. Antara yang dipamerkan seperti building materials, pintu tingkap kayu dan kaca, tiles (laminated timber pon banyak gak), barangan dapur (kitchen appliances) etc2.


Antara materials yang menarik perhatian aku


Set dapur ni berharga hampir RM30k tapi aku boleh buat dalam RM15k jek

Memang menarik pameran kali ni. Kad bisnes aku pon dekat 100 keping melayang. Tapi takpela, nanti company bagi lagi. So peduli la ha2. Lagi satu yang menarik, agak banyak exhibitors yang menyediakan makanan. Cume masalahnye, semua yang provide makanan tu orang cina. So aku tak berani sentuh kecuali sebotol air mineral yang aku sangat pasti halal.



Antara makanan yang disediakan
Cume apa yang dikesalkan, para pempamer seperti tak ambil kira sensitiviti umat Islam. Contohnya ade booth yang menyediakan minuman Tiger Beer untuk pengunjung. Selain itu, terdapat satu booth yang menayangkan pompuan yang hanya memakai set baju renang (bukan full bikini) untuk menjadi model di sistem jakuzi diorang. Tapi apa yang aku perasan, untuk pameran kali ni, sepanjang aku kat sana, hanya 1 booth je yang ownernye orang Melayu merangkap orang Islam. Hope sangat selepas ni, orang Melayu banyak menceburi bidang ni.


Tiger Beer yang dihidangkan

So sekian saje kali ni. Aku balik sampai ofis dalam 6.15pm, then terus pergi ke site & right now aku ngantok gile. Nak tido dulu. Babai!

Penulis : abcdef ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel Archidex09 ini dipublish oleh abcdef pada hari Friday, July 3, 2009. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 6 komentar: di postingan Archidex09
 
Reactions: 

6 Penggossip Liar:

heuda21 said... | July 6, 2009 at 7:30 PM

weit,pegi x ajk ak!!!huhu

heuda21 said... | July 6, 2009 at 7:31 PM
This comment has been removed by the author.
abcdef said... | July 7, 2009 at 12:39 AM

Ler manela aku tau....len kali la he2

abcdef said... | July 7, 2009 at 12:40 AM

bile mase plak aku remove komen ko ek?

heuda21 said... | July 7, 2009 at 1:34 PM

ak y remove.sbb t' 2x post komen.hehe.

maafkan saya..bkn salah saya.salahkn tenet slow..:-p

abcdef said... | July 7, 2009 at 2:04 PM

OOooo salah kat comment box tu la sbb dia ckp '...has been removed by author' ha2