Camping @ Sg Kalumpang

Baru-baru ni, 4 & 5 Julai 2009 aku dengan kawan-kawan aku (kawan-kawan dari sekolah rendah mase kat S.K.Jeram dulu) pergi camping kat Sg. Kalumpang, Kuala Kubu Bharu (KKB). Actually program ni patutnye diadakan pade 27 & 28 Jun 2009, tapi disebabkan pada tarikh tu aku kene anta adik aku ke IPTA, so kitorang tangguh la ke minggu depannye.

Pada mulanye seramai lebih kurang 13 orang telah mengkonpemkan untuk menghadirkan diri ke percampingan tersebut. Tapi pada hari yang dijanjikan hanya seramai 5 orang je yang turut serta disebabkan oleh pelbagai alasan yang konkrit bertetulang dan bernas. Tapi nak buat cemane, 2 orang dah amek cuti, so nak tak nak kene buat la gak.

Pada 4 Julai tu, Ad gerak dari Jeram dengan membawa Muhaimin aka Kiok dengan adik aku, Aswad bersama barang-barang keperluan camping pada jam 1440. Berikut adalah senarai barang asas yang kitorang bawak untuk bercamping, dan untuk panduan u all:

1. Khemah (nama pon bercamping)
2. Makanan (Untuk makanan, kitorang bawak ayam yang dah dipotong 8 dan telah direndam untuk BBQ. Makanan ni bergantung pada berapa hari la yang korang nak camping. Selain ayam, kitorang bawak roti, tuna, kaya, makanan ringan macam keropok-keropok dan air. Bawak yang simple-simple jek tapi senang kenyang dan sodap dimakan begitu saja)
3. Peralatan memasak (kitorang bawak portable cooker yang pakai gas tu, bekas BBQ, arang, periuk kecik, kuali kecik & pisau)
4. Peralatan makanan (yang ni senang bawak pinggan dengan sudu & garfu yang kertas tu, lebih senang dan praktikal sebab bole di kitar semula. Kalau boleh jangan pakai yang polistrin sebab susah nak dibiodegradasikan)
5. Peralatan lain, macam lampu suluh etc2

Then diorang sampai sane dalam jam 1610, lebih kurang sejam setengah perjalanan. Aku plak terpaksa gerak lambat dari Bangi disebabkan menghadapi sket masalah kat site. Sabtu tu aku masih kat Jalan Pasar, KL untuk mencari kabel untuk site aku kat Bangi. Disebabkan klien nak pakai yang advance tech, so terpaksela aku merayau-rayau kat sane untuk mencari stok tersebut. Agak sukar untuk mendapatkan stok tu disebabkan hanya ade beberapa kedai je yang jual disebabkan demand yang kurang di samping harga yang sangat mahal.



Sambung cite tadi, aku gerak dari Bangi dalam jam 1830 then terus menuju ke Sg Kalumpang. Disebabkan aku buta jalan, so aku pon mengikut je cakap GPS yang aku pasang dalam kete yang mengestimatekan aku akan sampai kat Sg Kalumpang tu dalam jam 2005. Sampai R&R hentian Rawang, aku pon singgah sat untuk solat Maghrib. Then aku pon meneruskan perjalanan ke camping site. Lewat sket dari yang dijangkakan GPS, aku pon sampai kat sane dalam jam 2015.

Kat sane diorang sume dah siapkan sume termasuk mendirikan khemah, masak air etc2. Tapi untuk BBQ ayam, diorang terpaksa tunggu aku disebabkan bekas bakar BBQ dalam kete aku. Sambil menunggu ayam-ayam tu masak, kitorang poon berborak-borak la. Tepat jam 2145 aku ngan Ad gerak ke Stesen Komuter Rawang untuk amek Topek. Mase perjalanan lebih kurang 40 minit. Pas amek Topek kitorang pon gerak ke camping site balik untuk menikmati ayam BBQ buatan mama aku yang kesedapannya tak dapat diragui lagi. Promot sket he2.

Pas setel sume, kitorang pon tido untuk menunggu fajar Subuh di keesokan harinye. Soknye seawal jam 0815 kitorang dah ready nak terjun ke sungai. Walaupun agak menggigil, tapi disebabkan aku tengah excited, aku pon terjun la dengan labi-labiku. Sejuk memang tak ingat la. Tapi lame-lame okla. Pas dekat 3 jam berendam termasuk bersyampu dan bersabun, kitorang pon siap-siap nak gerak balik. Dalam jam 1200 kitorang pon gerak balik dengan badan yang lenguh-lenguh tapi best!

Untuk korang yang tak tau Sg Kalumpang, dia atas sket dari pekan Kuala Kubu Bharu. Kalau lalu PLUS Highway, korang bole exit kat Tg Malim. Dari exit tu dalam 10 minit je ke Sg Kalumpang. Kalau dari Seksyen 9 Bandar Baru Bangi, jarak dalam 104km dan duit tol kat Sg Besi RM1.80, manakala lalu di PLUS Highway then exit kat Tg Malim tol RM9.50. Duit minyak sehala dalam Rm15 (aku estimate untuk kete 2000cc yang macam aku pakai sekarang ni). Untuk kawan-kawan aku yang dari Jeram, jarak dalam 84km dan takde tol yang korang lalu he2. Roughly aku rase tempat tu bagus untuk korang menenangkan diri. Sungai tu pon agak selamat sebab arus tak deras sangat, tak dalam sangat dan sangat sesuai untuk famili yang bawak anak-anak kecik. So, Cuti-cuti Malaysia!

*Update: Kredit utk Zahirudin yg telah mendermakan arang & Tolha yg telah meminjamkan khemah he2

Penulis : abcdef ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel Camping @ Sg Kalumpang ini dipublish oleh abcdef pada hari Wednesday, July 8, 2009. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 2 komentar: di postingan Camping @ Sg Kalumpang
 

2 Penggossip Liar:

Anonymous said... | July 14, 2009 at 1:32 PM

ape sket sgt gambrnye....

arang tu kreditkn la sket name aku... ahaha

abcdef said... | July 14, 2009 at 3:34 PM

aduh aku lupe la...sat g aku update ha2...gambo mmg x byk, sbb tu aku kepilkan sume