Konvensyen GMN di UM

18 Julai 09 jam 0115 kali kedua aku jejakkan kaki ke UM, universiti tertua kat negara ni. Kali pertama masa aku darjah 5, masa tu aku ikut lawatan sambil belajar ke UM ni. Sape yang anjurkan, aku pon dah lupe. Tapi yang pasti aku memang excitedla sebab nak gi tengok universiti. Bak kate orang-orang tua, dah beso nanti masuk universiti, baru berjaya.


Aku ingat lagi, antara tempat lawatan kitorang ialah library dia. Yang paling aku tak boleh lupe mase kat library tu, ade sorang brother (student) tengah nyenyak tido di tepi timbunan buku-buku. Kitorang plak dengan gatalnye gi cuit-cuit brother tu. Bile brother tu tersedar, semua lari sampaikan dia terpinga-pinga kenapa tibe-tibe ramai orang ha2. Tapi kecut perut gak la tengok buku-buku yang brother tu bace. Dahla semua tebal-tebal. Aku pon terpikir, eh, susahnye nak survive dalam universiti ni. Tapi apabile usia makin meningkat, pengalaman banyak membantu untuk survive dalam apa jua cabaran.


Actually kehadiran aku ke UM kali ni untuk buka booth sempena Konvensyen Pelajar Perubatan Mesir yang dianjurkan oleh Global Medic Netwok Sdn Bhd. Tugas aku just nak promot komputer dari syarikat aku. Tapi main focus bukanla nak jual sangat pon komputer-komputer tu, apa yang lebih penting adalah untuk memperkenalkan syarikat aku dan produk-produk syarikat, lebih-lebih lagi department yang baru iaitu construction & development.


Antara parents dan anak-anak yang hadir


Tapi agak mencabar untuk menjual laptop-laptop tu sebab tetamu mostly yang celik IT. So susah gak aku nak kelentong he2. Tapi ade gak certain customers yang ilmu IT dia takdela tinggi mane, tapi cakap nak beso jek. So aku mengiakan je. Malas aku nak bergaduh pasal benda-benda yang tak betul. Paling tak boleh blah, ade sorang pakcik tu yang duduk dekat sejam setengah kat booth aku semata-mata nak bercerita pasal laptop dia.Aduh, tensen aku. Tapi ade gak certain customers yang sudi bertukar-tukar pendapat tentang IT, dan aku lebih suke open discussion macam tu.


Antara produk yang aku jual


BTW, apa yang lebih penting ialah cemana kite boleh bina network dari semua pelanggan yang datang. Contohnye, ade satu Doc yang mengajak aku jadi partner beliau untuk menguruskan seminar dan training consultancy selepas beliau mengetahui yang aku akan buka satu syarikat konsultan khidmat latihan dalam masa terdekat. Doc tu ade klinik di Sek.6 Shah Alam dan beliau specialist untuk seminar yang berkaitan dengan mental & spiritual.


So, sekian saje kali ni he2. Babai.

Penulis : abcdef ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel Konvensyen GMN di UM ini dipublish oleh abcdef pada hari Tuesday, July 21, 2009. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 6 komentar: di postingan Konvensyen GMN di UM
 
Reactions: 

6 Penggossip Liar:

'K' said... | July 21, 2009 at 4:26 PM

ooo...
benda alah ni la yang wat ko xdapat tengok MU lwn MAS...hehehe

abcdef said... | July 21, 2009 at 4:50 PM

Tau xpe...tp Tuhan tu Maha Adil...at last ade plak second match yg memungkinkan utk aku g tgk...hepi gile seh....next time nak tgk kat old trafford plak he2

annie said... | July 24, 2009 at 1:05 PM

ko jual laptop eh? syarikat ape?
bole dapat murah ke kalau beli ngn ko?? hehe..

abcdef said... | July 24, 2009 at 6:26 PM

He2 tu subsidiary company...cume mslhnye company tu jrg open sale camtu, just klu ade request jek, cam dr GMN tu....sbb besenye company jual dlm kuantiti byk yg trs kat swasta dan kerajaan...so diorg xde installment plan...klu ko nak,mmg aku bole bg harge murah, tp kene byr total trs la...

annie said... | August 4, 2009 at 7:33 PM

hehe...br teringat psal ni. org nak beli laptop nanti org refer kat ko ye. about the bayaran of coursela COD..

abcdef said... | August 5, 2009 at 10:54 PM

Bole no problem...nak khidmat nasihat berkenaan komputer pon bole....tp yg basic2 je la ha2