Baru-baru ni kawan aku, Tolha mengajak untuk join aktiviti perkhemahan di Kem Bukit Hijau, dan antara aktiviti yang menarik ialah mendaki Bukit Kelawar. Actually program tu anjuran Kelab Rakan Muda (KRM) Tg Karang. Aku plak KRM Kuala Selangor. Tapi aku tak peduli, aku nak join gak ha2. Aktiviti mendaki tu sebenarnye antara aktiviti yang ade dalam perkhemahan sepanjang 3 hari tersebut (7,8 dan 9 Ogos 2009). Apa yang membuatkan aku nak sangat join disebabkan camping tu dibuat kat kem kawan aku yang dah 3 tahun tak jumpa, Kak Lela. Kak Lela ni dulu merupakan antara kawan-kawan outdoor aku. Kalau outdoor, Kak Lela ni memang otai la. Dan syukur Alhamdulillah, sekarang dia dah ade kem sendiri yang mana ianya merupakan impian beliau sejak dari dulu lagi. Aku memang kagum dengan semangat beliau.
Untuk program kali ni, aku takdela jadi fasi macam selalu tu, sebab aku kejap on, kejap off. Aim aku nak daki bukit tu jek. Tapi aku tetap bermalam kat sane untuk spend mase dengan kawan-kawan. Program kali ni dihadiri oleh dekat 30 orang pelajar dari SMK Dato Harun dan SMK Seri Desa, Tg Karang yang rata-ratanya form 4 dan form 5. Budak-budak kali ni ok, open minded dan senang untuk dibawa berbincang. So kerja fasi-fasi pon agak mudah sebab program berjalan dengan baik.
Untuk aktiviti mendaki tu, Bukit Kelawar tu takdela tinggi sangat, sekitar 300m je dari paras laut. Tapi bagi aku kira ok la, sebagai pemanas badan. Sejak kerja ni aktiviti outdoor aku agak terbantut disebabkan agak sibuk. Last aku hiking mase kat Gunung Berembun, Cameron 4 bulan lepas.
Aktiviti pendakian bermula jam 0900, selepas aku buat simple warm up. Warm up pon ala-ala kopi dangdut jek, sebab aku jangka kali ni terpaksa jalan slow-slow jek sebab bawak budak-budak tu la. Dengan dikepalai oleh Kak Lela, kami pon mendaki dengan penuh keazaman dan pengharapan, cewah. Setelah berhenti beberapa kali, kami pon sampai di puncak dalam jam 1100. Kat puncak ade la aktiviti-aktiviti sket yang disediakan oleh para fasi. Tapi aku tak dapat lame-lame sebab dah janji dengan rombongan 'Che Kiah' akan berada di Masjid Sungai Buloh Jeram pada jam 1230 untuk kitorang same-same gi ke kenduri kawen Siti Syuhada, kawan mase SMKAKS dulu. So jam 1130 aku dah start untuk turun, manakala yang lain stay kat puncak sebab nak masak untuk lunch. Untuk turun aku lari non stop sebab nak kejar masa, akhirnye aku sampai kat kaki bukit dalam jam 1200. Memang cepat, tapi hasilnye, tangan aku calar balar la sebab banyak ranting dengan daun dan duri-duri aku redah.
Pada korang yang nak tau katne lokasi Bukit Kelawar ni, dia kat Jeram, Kuala Selangor. Bukit tu dalam 15 minit dari pekan Jeram. Untuk korang yang ada GPS, korang boleh set pada koordinat N 03 15.365' E 101 23.225'. Tapi route ke puncak masih belum jelas kelihatan, so pendakian lebih mencabar dan berdasarkan tanda (mark) yang Kak Lela buat.
Kat sini gak aku nak promot sket pasal kem Bukit Hijau ni. Kalau korang nak buat aktiviti-aktiviti outdoor, sini pon ok gak. Kem ni lengkap dengan dewan, surau, chalet, kantin, dan tapak perkhemahan. Tak lupe kat keperluan asas, toilet he2. Bayaran pon berpatutan. Pasal guide tak payah risau. Kak Lela dan adiknye, Bro Zin memang banyak pengalaman dalam aktiviti pendakian ni.
View dari puncak.
Lepas raya ni, kawan-kawan aku plan mendaki di Gunung Tahan. Gunung ni memang yang paling susah la nak didaki kat Malaysia ni. Gunung Kinabalu sebih senang untuk didaki walaupun ada masalah dari segi cuaca. Mungkin amek mase selama 5 hari untuk program di Gunung Tahan ni. So kalau korang nak tahu lebih lanjut, boleh contact aku di emel abcdefs@ymail.com.Sekian, zaasss!
2 Penggossip Liar:
wahhh bestnye.aku nak join leh ke weh?-nurul
Thanks for visiting nurul :)....
he2 boleh no problem
Post a Comment