Meh sesame kite jadi ulat buku




Salam,

Kebetulan aku terjumpe 2 website yang best ni. Korang bole bace or download e-book dari website ni pree jek. So jenguk2 kat SINI dan SINI.

Korang nak ilimiah, fiksyen, non-fiksyen, segala macam pon ade. Memang terbaik dari ladang la ha2.
 

Sorry

Dear,
U just get what u paid of. Dont ever ask me to berkorban or what so ever. Theres no such things in this world. Tq
 

Hot hot balloon @ Putrajaya

Salam,
Ni cam sambungan kisah auctioning kat bawah tu la plak, sebab berlaku pada hari yang same. Petang tu, pas gi lelong2 tu, aku lepak opis sat, menapau kopi Super Power ngan biskut2 kat opis ni, sambil online bace surat khabar. Actually menunggu Rusdiah ngan Madey dari KL, sebab sesame nak gi tengok belon panas kat Presint 2, Putrajaya.

Tapi disebabkan agak lewat, last2 diorang terus ke Putrajaya, aku plak gerak sendiri ke sana dari Bangi nih.

Diorang sampai sane awal sket dari aku, tapi disebabkan aku dapat parking dulu, so aku dapat tengok belon dulu ha2. BTW, aku tak sangka orang ramai gile kat situ, macam semut yang baru dikerah bekerja dek ratu diorang. Then ade khemah2 putih, ala2 Jom Heboh tu la, jual segala macam barang, then buat aku rambang mata ha2.

Kebetulan mase aku sampai, ade 1 belon baru nak naik. Then terdengar orang2 berbisik kat sebelah aku "belon ni dah sejam lebih tak naik2". Tapi 5 minit pastu, terus dia boleh naik. Mungkin menanti kehadiran aku kot ha2.

Ni la belon yang susah nak naik tu

Tak lame pastu, naik plak belon rupe suar jeans, Levis. Memang stylo gile ah. Mule2 naik, sume orang tak tau. Once dah nampak bentuk, semua bertepuk tangan dek kekaguman. Ade la setengah jam pastu, baru si Rusdiah ngan Madey sampai, ade sorang lagi, kawan Rus, nama dia Amrah (kot, aku tak ingat sangat). Lame gile diorang memarking kete.

Belon suar jeans blom naik

Skali da naik

Then kitorang enjoy tangkap gambar sesame. Lagi2 time belon tu nak naik. Maghrib kitorang gi ke Masjid Besi yang baru kat Putrajaya tu. Sebelum ni slalu lalu, nampak masjid tu. Tapi ni first time masuk solat kat sane. Impression aku?...Wow!...nang kacak gilaklah, mun sapa2 masuk dalam nya nang memukau!..but, mati mek mok polah design camya ha2.

Dalam masjid, simple but modern n practical

One night @ Putrajaya

After that kitorang jalan2 kat gerai2 tu, macam2 barang ade. Dalam kol 9pm kitorang nak gerak ke Kajang, nak pekena Satay Hj Samuri (yang takdela sedap sangat pon ha2). Tapi time tu la plak ade bunga api, so hold sat, then baru gerak balik ke Kajang.

Sampai sane dalam 9.30pm, then makan2 sambil gosip2, bukak cite lame kat Q-Ber, memang best, lagi2 pasal hal songlap duit dari kelab ha2. Then jalan2 sat kat market area situ, pastu gerak balik dalam 11.30pm.

Aku rase worth la gi hot balloon tu, walaupon tak dirancang, tapi memang best. Macam2 bentuk ade, seluar jeans, smiley, then paling tak bole blah, ade kepala Dark Vader ha2. Banyak lagi gambar, tapi sume dalam kamera Rus, tapi aku belum dapat lagi. So aku post yang ni dulu la.
 

1! 2! 2 Again! 3! There u Go!



Salam,
Hari ni patutnye aku gi ke JB, sebab ade program kat sane, tp bos ngajak ke public auction kat KL le plak. So aku decide folo bos la, lagipon sok bos ajak men futsal, tu sebab utama aku tak jadi gi ke JB ha2. 

BTW, ni 1st time aku gi ke auction yang melibatkan rumah2 & lot2 komersil (cam kilang & kedai). Before ni, selalu gak gi tapi yang melibatkan kereta2, tu pon kat Kuching dulu. Auction kali ni bos aku dah daftar untuk bid 1 kilang kat Serdang, starting value RM650k. 

Aku diajak sebab konon2nye aku pandai bab2 bangunan ni ha2, then bos ajak sorang lagi, Hairi, akauntan dia. 
Turn kitorang ade la dekat sejam pas majlis bermula, selain bos aku, ade 2 lagi bidder. Result?, ade sorang mamat tu menang, highest bid RM710k. Bos aku tanye Hairi cane, Hairi decide untuk stop takat RM690k.

Tapi yang paling best, ade 1 kilang kat Gombak, kat situ ade 45 bidders, tapi yang lagi best, highest bid achieved RM200k dari harga asal!.

Tapi sayang, ade 1 apartment aku terlepas pandang, kalau aku cepat perasan then daftar, mungkin aku boleh beli, renovate sket, then jual. Untung dia, aku kire2, lepas kalau nak beli teleskop cash hu2.

Pasni, aku ngan bos dah atur strategi untuk bidding, so hopefully pasni bole grab sume peluang tu jeng3....

Ni manusia2 yang datang (tp actly byk lg kat belakang he2)

Auctioneer yang cambest gak la he2

 

13 Perkara Yang Kita Tak Perasan

Dah lame aku jumpe artikel ni, quite interesting, so baru ni je la sempat nak postkan he2.


Kadangkala dalam kita mengharungi kehidupan seharian,ada beberapa perkara yang kita tidak perasan berlaku di sekeliling kita. Ada waktunya kita cuma perasan apabila ia sudah tiada di mata. Sesuatu yang anda tidak perasan atau tidak terfikir langsung..



1. Sekurang-kurangnya ada lima orang dalam dunia ini menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda. Atau menyayangi anda dalam beberapa cara.

2. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.

3. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang, walaupun dia tidak menyukai anda.

4. Setiap malam, ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.

5. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.

6. Kalau bukan kerana anda seseorang itu tidak akan hidup bahagia. 

7. Anda seorang yang istimewa dan unik pada mata seseorang.

8. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.

9. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah di sebaliknya.

10. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah semula mungkin anda yang meminggirkan mereka.

11. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini,mungkin anda tidak akan memperolehnya,tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat laun anda akan berjaya memilikinya.

12. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda. Anda akan berasa senang bila seseorang mengetahuinya. 

13. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik,ambillah masa untuk memberitahunya bahawa dia adalah yang terbaik.

Justeru itu,fikir-fikirkan. Walaupun sesekali kita hidup berseorang di dunia ini, ingatlah ada seseorang yang sedang menunggu, sedang memerhati,dan sedang menyayangi anda.

So, dont drink and drive, ingatlah orang yang tersayang he3.


*Credit to syok.org
 

Konsert Nazrey Johani

Salam,
Kebetulan last week Ustz Nazrey buat konsert kat UTM sempena nak kutip dana untuk buat pusat tahfiz kat Ranau. Yang bestnye, turut hadir UNIC, Brothers ngan As-Saufee. Konsert berlangsung dalam 2 jam setengah, tapi yang penting, suare Ustz Nazrey maintain sedap macam dulu he2. Papepon kalau korang nak buat amal jariah boleh gi ke http://nazreytahfizsyahadah.blogspot.com/ or klik SINI.

Kumpulan As-Saufee


Ustz Nazrey


Ustz Nazrey duet ngan anak dia


Brothers


Montage


Ngan Ustz Nazrey

 

Takziah kepada Allahyarham Pn Enon

Semalam aku dapat sms dari Bahar, menyatakan bahawa bekas Guru Penolong Kanan kitorang mase kat SMKA Kuala Selangor, telah meninggal dunia. 

Arwah ni seingat aku memang tegas gile. Kitorang pernah berjam2 berdiri kat dataran semase perhimpunan semata2 kene nyanyi Negaraku ngan lagu Negeri Selangor betul2. Selagi tak betul, selagi tu la arwah ni jerit "ulang lagi!". Tak silap aku, burned 2 period P&P ha2.

Papepon arwah memang berjasa besar kat aku. Tatkala Pengetua tak nak sain borang kitorang masuk ke skola lain selepas PMR, arwah la yang tolong sainkan, sebab selain Pengetua, hanya dia yang sebagai GPK layak untuk menyokong. Kebetulan, aku dapat offer masuk ke Q-Ber...dan jadila aku seperti sekarang (at least jadi 'orang' ha2)

Belasungkawa untuk beliau...Al-Fatihah....


 

Aduh kene saman lagi

Sejak aku dok kat JB ni, antara benda yang aku tak berkenan ialah kupon parking dia. Leceh gile, same cam mase aku dok kat Kuching dulu. Sebab kene beli satu buku kupon tu, then kalau parking, kene tebuk2, letak kat dashboard. So, biasenye kalau hal yang kejap2 aku takdela letak kupon tu, malas gile nak tebuk2. Tapi kebetulan semalam ntah ape la malangnya, terkena la plak saman parking tu. Haram jadah btoi ha2.

"Nah amek ko!" bak kate penguatkuasa tersebut

Petang ni nak balik kampung yey2!

 

Jalan2 Cari Uyap di JB ha2

Last week aku ngan Nuar, sesaje jalan2 area JB buat mengisi masa yang sangat lapang dan luas. Cume kat JB ni, masalahnye takde tempat yang best pon. Zoo dia pon ala2 hidup segan silu mati tak mau. Danga Bay?...takde papepon ha2.

Kuar rumah, first destinasi kitorang gi ke Royal Museum. Lame gak aku jalan2 kat istana lama ni, banyak barang2 dari zaman dulu2 kat dalam ni (dah nama pon muzium ha2). Dari zaman Kerajaan Johor-Riau-Lingga sampaila ke zaman sekarang, semua zaman kesultanan ada dalam bangunan ni. Kalau korang nak gi, tiket untuk orang Johor RM4, orang Malaysia selain Johor RM5, foreigners plak USD7.

Depan istana lama

Then jalan2 takde arah tujuan, so sampaila ke Mahkamah Tinggi Johor Bahru, tu pon sebab nak berposing kat air pancut kat depan mahkamah tu ha2.


Nuar bergambar ala2 Mahatma Ghandi


Dengan kuasa Super Saiya, attack!!

Pastu kitorang gi soping2 barang2 umah kat Bazar JB, beli baju selai dua, lepak2, ushar2 foreigners, makan eskrem dengan rakus & hampir tertido kat situ ha2.


Aku try untuk menumpang signboard ni untuk menuju ke Bazar JB

Tengahari gi ke Masjid Sultan Abu Bakar, JB untuk Zohor. Kat sane masih banyak khemah2 yang didirikan sempena kemangkatan Sultan Johor baru2 ni. Pas solat, kebetulan ada orang jual eskrem yang dalam roti tu, so kitorang melantak eskrem lagi. Jalan gi kereta, nampak plak gerai buah. Aku pon beli jambu ngan tembikai. Peberet tembikai tu he2.


Depan masjid


Depan waterfront shopping mall yang terbengkalai

Pas solat, ingat nak gi zoo, depan masjid tu jek, skali tengok dari tepi jalan, zoo tu kalau ade 5 bintang, aku bagi taraf taik bintang je ha2. So tak jadi kitorang nak masuk. So kitorang gi menyusur ke area highway danga bay tu, lepak tepi selat yang memisahkan Malaysia ngan Singapore tu.


Depan Tambak Johor

Petang kitorang gi ke Angsana, lunch kat McD (sebab lunch dapat murah ha2). Pastu gi main boling, asah bakat yang dah lama terpendam, kononnye la. After that, gerak balik, sampai kat umah koi 5.30pm. Next time nak gi ke Singapore plak, sementara paspot aku ade 2 taun lagi before expired ni. Tapi kene tunggu member2 lain buat paspot plak. Kang kalau gi sorang2, sape plak nak tangkapkan gambar aku? ha2.

 

Aku nak bingkang ubi!!

Opis kat Bangi call malam tadi, kene station kat sane seminggu dua, sebab ade projek lain kene buat. Aku ingat weekend ni balik kampung sat, nak cari bingkang ubi. Aku dah ngidam tahap gaban  ni ha3.
 

Tribute to Adik Syafiah Humairah Sahari...

Sabtu malam Ahad yang lepas, bergenang air mata aku tengok berita kat TV3 pasal Adik Syafiah yang didera oleh boyfriend mak dia sendiri. Lepas dipijak2 dengan kasut but, kemudian dihayun pulak bagaikan bola, apalah salah budak tu. Yang lebih dikesalkan, kawan2 mamat yang sepak budak tu kat area padang tu boleh tengok je. Lepas budak tu dah lembik baru terhegeh2 nak bawak ke hospital. Kalau ikut laporan bedah siasat, budak tu dah lama didera, tapi kenapa la ibu kandung dia sendiri boleh tak perasan, or sebenarnye perasan tapi disebabkan sayang kat lelaki tu, so dia buat2 tak perasan?. Kepada si pelaku, hiduplah anda dengan jijik dan hina. Tunggu balasan di akhirat nanti, kalau tak di dunia ni. Al-Fatihah....