Semalam aku dapat sms dari Bahar, menyatakan bahawa bekas Guru Penolong Kanan kitorang mase kat SMKA Kuala Selangor, telah meninggal dunia.
Arwah ni seingat aku memang tegas gile. Kitorang pernah berjam2 berdiri kat dataran semase perhimpunan semata2 kene nyanyi Negaraku ngan lagu Negeri Selangor betul2. Selagi tak betul, selagi tu la arwah ni jerit "ulang lagi!". Tak silap aku, burned 2 period P&P ha2.
Papepon arwah memang berjasa besar kat aku. Tatkala Pengetua tak nak sain borang kitorang masuk ke skola lain selepas PMR, arwah la yang tolong sainkan, sebab selain Pengetua, hanya dia yang sebagai GPK layak untuk menyokong. Kebetulan, aku dapat offer masuk ke Q-Ber...dan jadila aku seperti sekarang (at least jadi 'orang' ha2)
Belasungkawa untuk beliau...Al-Fatihah....
0 Penggossip Liar:
Post a Comment