- Kali ni nak cite pasal persatuan2 yang ade kat perumahan aku ni, Taman Permai.
- Taman ni memang aktif, setahun program ade berpuluh.
1. Kelab Rukun Tetangga (KRT)
- Persatuan paling utama semestinya Kelab Rukun Tetangga (KRT), dianggotai oleh pakcik2 ngan makcik2 kat taman ni.
- KRT ni biasenye dapat peruntukan setiap tahun, cume aku tak boleh bagitau berapa jumlahnya.
- Selain tu, diorang gak berfungsi sebagai tempat untuk penduduk kat Taman Permai ni mengutarakan pendapat dan masalah2 yang timbul.
- Pengerusi ialah Hj Kukoh B. Jemani
Antara ahli KRT. Baju hijau tu uniform diorang.
2. Jiran Wanita
- Sayap KRT ialah Jiran Wanita, kelab yang paling aktif kat taman ni.
- Diorang ni bab wat program, memang superb. Kadang2 inform nak buat program sehari sebelum je, tapi soknye program run dengan success.
- Diorang gak ada team marhaban ngan nasyid. Selalu dapat undangan2 dari manusia2 yang buat majlis kawen, cukur jambul etc2.
Sebahagian dari ahli Jiran Wanita
3. Rakan Muda
- Kelab ni organize by Kelab Rakan Muda (KRM) Kuala Selangor, sebab KRM kat Malaysia semua dihandle di peringkat daerah.
- Since aku antara Sukarelawan KRM Kuala Selangor, so aku daftarkan budak2 yang berumur 15 – 25 tahun kat taman ni untuk join KRM.
- Disebabkan kelab ni peringkat daerah, so setaun program hanya ade beberapa kali je, untuk adil kepada kampung2 lain.
Semasa pendaftaran ahli Rakan Muda
4. Rakan Belia Permai (RBP)
- Since tak ramai budak2 yang sebaya aku kat taman ni, so aku wujudkan 1 kelab belia yang dikenali sebagai Rakan Belia Permai (RBP).
- Meeting pertama pada 18 April 2010, kelab akhirnya ditubuhkan dengan Kak Juliana sebagai Pengerusi kelab, manakala aku, Mak Ngah Nani, dan En Jais sebagai Penasihat dan Datin Mesrah sebagai Penaung.
- Ahli pula seramai 17 orang dan akan berkembang dari semasa ke semasa.
- Program pertama akan diadakan selepas mendapat peruntukan yang sudah diapply.
RBP time meeting
5. Jiran Muda
- Kelab ni baru ditubuhkan pada cuti sekolah 2 minggu baru2 ni.
- Objektif utama supaya budak2 ni ade inisiatif untuk berpersatuan, so that takde la lagi lepak2, dan menggalakkan diorang ni ke surau. So far, agak berjaya.
- Dianggotai seramai 15 orang, paling menonjol setakat ni ialah Akid dan Zayani aka Botak.
Dari awal tahun sampai sekarang, memang banyak dah program yang dibuat.
- Contohnya semasa cuti sekolah baru2 ni:
- 6 Jun – Explorace Taman Permai (Jiran Wanita)
- 7 – 9 Jun – Trip ke PD (KRT, Jiran Wanita dan Jiran Muda)
- 12 Jun – Senamrobik (KRM)
- 13 – 17 Jun – Kursus di Shah Alam (Jiran Muda)
- 13 Jun – Program ke IB (Jiran Muda)
- Program yang akan datang:
- 24 Julai – Karnival Sukan (Jiran Muda)
- 31 Julai – Kursus Kepimpinan (Jiran Muda)
- 1 Ogos – Gotong-royong bersihkan sekitar taman perumahan (KRT)
- 20 November – Kursus di Langkawi (Jiran Wanita, Jiran Muda, RBP)
- Program tak termasuk program2 yang tetap, seperti Maulidur Rasul, Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Aidiladha (majlis korban), dan lain2.
- Semua kelab dan persatuan adalah berdaftar dengan ROI di bawah samada Jabatan Perpaduan atau Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
- Nape perlu banyak kelab?, jawapannya supaya senang nak mintak peruntukan sebab banyak saluran.
So, dah kongsi aktiviti kat kampung aku. Kalau korang dah join, boleh share2 pe aktiviti kat kampung korang. Kalau belum, anggap je entry kali ni sebagai panduan. Cheers!
2 Penggossip Liar:
besnye kampung ko weh...macam2 activity.aku rindu nak join activity2 macm ni.huhu
ko pindahla ke kampong aku ha3
Post a Comment