Meeting Karnival Sukan

  • Malam tadi, 18 Julai 2010, jam 9pm, aku attend meeting fasal karnival sukan anjuran Jiran Muda Taman Permai yang akan diadakan pada 24 Julai ni.
  • Jiran Muda ni satu dari cabang persatuan yang ade kat perumahan ni. Aku akan cite fasal persatuan2 ni pada entry akan datang. Buat mase ni kite cite fasal program ni dulu.
  • Jiran Muda ni terdiri daripada budak2 yang umur diorang 13 hingga 20 tahun. Untuk karnival sukan ni actually first program yang diorang anjurkan, dengan dinaungi Jabatan Perpaduan Kuala Selangor. Karnival ni diorang dah bincang since 2 minggu lepas, malam tadi cume untuk folo up ape progress yang diorang dah buat. 
  • Aku datang just sebagai pemerhati, before ni tak dapat datang sebab meeting diorang on weekdays.
  • Kebetulan malam tadi malam Ahad, so ramai la yang datang, dalam 30 orang plus2. First time aku tengok bebudak tu present, cam kesian pon ade, cam tak yakin program tu boleh run. Tapi nasib baik aku dimaklumkan yang Jiran Wanita turut membantu, so takde masalah la. Jiran Wanita ni kalau bagi program sehari sebelum pon boleh success, sebab team spirit diorang kuat.
  • Walau cemane pon, aku ucap tahniah kat budak2 ni, takut2 pon, masih ade semangat nak run program. Yang penting diorang sanggup bekerjasama dengan orang lain dan tak malu2 untuk bertanya.
  • Untuk makluman, karnival tu nanti ade 9 acara, futsal, explorace, galah panjang, batu seremban, karaoke lagu2 patriotik, cabutan bertuah, dan lain2. Acara bermula 9am dan dijangka abes pada 6pm.
  • Aku akan bertugas sebagai ref untuk futsal he3.
  • Korang yang bace ni dijemput untuk same2 memeriahkan gak program ni. Sekian.

Penulis : abcdef ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel Meeting Karnival Sukan ini dipublish oleh abcdef pada hari Sunday, July 18, 2010. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 2 komentar: di postingan Meeting Karnival Sukan